Ensiklopedia Dakwah. Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Selangor

Memaparkan catatan dengan label Kata Hikmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata Hikmah. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Ogos 2015

Himpunan Tazkirah Cantek (HTC) Catatan Ustaz Kay - Beza Memang Berbeza

Beradablah kita dalam keadaan kita berikhtilaf pendapat. Namun, raikanlah kebenaran sekalipun ia datang dari lidah musuh kita. Besarkan persamaan, kecilkan perbezaan. Bersamalah kebenaran walaupun penyokongnya sedikit, jauhilah kebatilan walaupun ia mendakwa ada 3 juta penyokongnya atau yang mendakwa mereka golongan profesional sekalipun!

Ahad, 16 Ogos 2015

Nota Uswah, Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud - Kewajiban Bersama Jama’ah Muslimin

Wajib umat Islam menggabungkan diri dalam Jama’ah Muslimin yang diketuai oleh pemimpin yang beriman. Sayugianya, umat Islam hanya perlu diwakili oleh sebuah Jama’ah Muslimin sahaja bagi mengukuhkan ikatan dan menguatkan pertahanan. Pada zaman kita ini telah berlaku “Ghiyab Fikratil Jama’ah” iaitu hilangnya pemikiran untuk menyatukan umat Islam dalam satu Jama’ah demi membangunkan kembali khilafah Islamiyah. Apa yang telah diusahakan oleh Imam al-Syahid Hassan al-Banna itu adalah langkah ke arah kesatuan yang diimpikan ini. Manakala baiah kepada Jama’ah Muslimin ini adalah wajib di zaman berlakunya “Dakhanun” bagi mengembalikan kesejagatan ummah. Syeikh Fathi Yakan memberi penegasan bahawa baiah kepada Jama’ah pada hari ini adalah wajib bagi mendisiplinkan anggota Jama’ah dalam satu kekuatan.

Jumaat, 14 Ogos 2015

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kota Baru, 6 Januari 2011

Kasihnya Allah kepada kita sehingga disiapkan bumi dengan segala kelengkapannya sebelum dijadikan manusia. Sepertimana kita yang ingin menerima menantu, kita adakan majlis kenduri dengan segala persiapan seperti khemah, lauk-pauk sehingga kepada air basuh tangan disediakan untuk rombongan menantu yang tiba di hari perkahwinan. Ini menunjukkan sanjungan kita kepada rombongan menantu yang bakal tiba, demikianlah juga kasih Allah bahkan ia jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kasih kita kepada bakal menantu.

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Medan Ilmu, 4 Februari 2011

Sebagai manusia, perlu kita sedar bahawa kudrat kita terbatas. Mata kita ada batas untuk melihat, lalu kita guna teropong dan cermin mata. Telinga kita ada batas untuk mendengar, lalu kita guna telefon untuk mendengar suara yang jauh. Tenaga kita ada batas, kita gunakan alat-alat tertentu untuk mengangkat barangan yang berat. Demikianlah juga alam akhirat yang tidak dapat kita lihat dan rasai, lalu kita gunakan al-Quran sebagai alat bantu untuk kita lihat, dengar dan rasa alam akhirat.

POPULAR POSTS

RECENT POSTS

    Total Pageviews