Ensiklopedia Dakwah. Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Selangor

Memaparkan catatan dengan label Himpunan Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Himpunan Tazkirah. Papar semua catatan

Ahad, 13 Disember 2015

Sifat-Sifat Binatang Pada Diri Manusia

Manusia adalah makhluk yang diciptakan Allah dengan sebaik-baik bentuk. Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Tin ayat 4;
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”

Namun demikian, kebaikan bentuk manusia tersebut tidak menjamin kebaikan budi, perangai terlebih lagi akhlak. Semua kembali kepada perangai manusia itu sendiri. Jika iman yang diutamakan, in-sya-Allah ia selamat daripada sifat seperti  binatang. Tetapi jika sebaliknya, maka seorang manusia akan memiliki sifat-sifat seperti binatang yang hanya bertujuan kesenangan dan nafsu syahwat semata-mata. 
Naluri manusia jika tidak dikelola dengan baik maka nalurinya hanyalah berorientasikan kepada pemuasan nafsu semata-mata. Ibnu Qayyim al-Jawziyah dalam bukunya Madarij al-Salikin menjelaskan bahawa pemuasan nafsu merupakan kesaksian orang-orang bodoh yang membuat mereka tiada berbeza dengan semua jenis haiwan.
Di dalam al-Quran ada beberapa jenis binatang yang sifat-sifatnya terdapat dalam diri manusia iaitu. Antara yang disebutkan adalah;

Seperti anjing kerana sangat tunduk, patuh dan setia kepada sesiapapun yang memberikan makan dan minum, meskipun dia seorang penjahat. Manusia yang seperti anjing tidak mahu tunduk kepada ayat-ayat al-Quran yang telah diturunkan, dihalau atau tidak ia tetap akan menjulurkan lidahnya. 

Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 176;
وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَـكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ذَّلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjat)-nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.”

Rasulullah saw bersabda;
لَيْسَ لَنَا مَثَلُ السُّوءِ، الْعَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالْكَلْبِ يَعُودُ فِي قَيْئِهِ
“Tiada pada kami perumpamaan yang lebih buruk dari perumpamaan seseorang yang mencabut kembali hibahnya (pemberiannya) sama seperti anjing yang menjilat kembali muntahnya.” (Sunan al-Kubra al-Nasaie)

Manusia juga diibaratkan seperti binatang ternak apabila tidak memiliki keistimewaan, nilainya hanya terletak pada beratnya, sedang binatang peliharaan kerana kelebihan atau keistimewaan. Apabila manusia seperti binatang ternak, kedudukannya sudah begitu rendah dari binatang peliharaan. 

Allah berfirman dalam surah Surah al-A’raf, ayat 179;
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Manusia seperti kera turut dinyatakan dalam al-Quran. Kera atau monyet adalah binatang yang tamak, ketamakan tersebut merupakan perumpamaan kepada orang-orang Yahudi yang menjadikan mereka suka melanggar ketentuan Allah yang diperintahkan kepada mereka. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 65;
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ الَّذِينَ اعْتَدَواْ مِنكُمْ فِي السَّبْتِ فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُواْ قِرَدَةً خَاسِئِينَ
“Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu lalu Kami berfirman kepada mereka; Jadilah kamu kera yang hina.”

Ironinya, setelah melakukan pelanggaran, mereka justeru tidak merasa bersalah, malahan bangga dengan  kesalahan yang telah dilakukannya.

Manusia juga seperti babi. Babi bukan hanya suka dengan kekotoran, tetapi juga tidak memiliki rasa cemburu, ia akan membiarkan perbuatan tidak senonoh yang dilakukan pihak lain terhadap keluarganya, begitulah apabila manusia memiliki karakter babi dalam dirinya. Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 60;
قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللّهِ مَن لَّعَنَهُ اللّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُوْلَـئِكَ شَرٌّ مَّكَاناً وَأَضَلُّ عَن سَوَاء السَّبِيلِ
“Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi  dan (orang yang) menyembah thaghut ?”. Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.”

Manusia yang berlindung kepada selain Allah diibaratkan seperti labah-labah kerana mereka membentengi dirinya dengan bangunan-bangunan yang disangkakan canggih, bahkan ada yang melindungi dirinya dengan syaitan dengan jampi-jampi, azimat, penangkal dan lain sebagainya selain daripada Allah.

Allah berfirman dalam surah al-Ankabuut ayat  41;
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاء كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتاً وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
“Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui.”

Manusia seperti nyamuk apabila kelakuannya hanya mengganggu orang lain, sehingga dia tidak disukai manusia. Mencari nafkah dengan menyakiti dan mengambil hak orang lain dan bila makan suka berlebihan hingga akhirnya mati kerana kekenyangan. 

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat  26;
إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلَّا الْفَاسِقِينَ
“Sesungguhnya Allah tiada malu membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan; Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan? Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.”

Manusia dianggap keldai di dalam al-Quran apabila dia bodoh kerana tidak tetap dengan ajaran yang datang dari Allah yang diyakininya, akan tetapi tetap diabaikannya ajaran. Allah berfirman dalam surah al-Jumu’ah ayat 5;
مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَاراً بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab tebal. Amatlah buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”

Kiasan ayat di atas ini telah didatangkan oleh Allah bagi menempelak kaum Yahudi dan mereka diumpamakan seperti keldai. Ia mengisahkan keadaan orang Yahudi yang tidak beramal dengan isi kandungan Taurat serta mendustakan apa-apa yang terdapat dalam Taurat mengenai kenabian Muhammad saw.

Menurut al-Zamakhshari dalam Tafsir al-Kashaf, orang Yahudi membaca dan menghafal isi kandungan Taurat tetapi mereka tidak beramal dan tidak mengambil manfaat daripada ayat-ayat tersebut, justeru mereka tidak beriman dengan Rasulullah saw. Walaupun kenabiannya sudah termaktub dalam Taurat. Oleh sebab itu, mereka telah diumpamakan dengan keldai yang memikul kitab-kitab yang besar di atas belakangnya tetapi keldai itu tidak boleh mengambil manfaat daripada kitab-kitab tersebut, sebaliknya ia hanya berasa letih dan penat sahaja.
Setiap orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya maka samalah dengan keadaan mereka dengan orang Yahudi tersebut.
Hakikat ini sepatutnya menjadi pengajaran yang besar kepada manusia agar tidak bersikap sombong dan ego, sebaliknya hendaklah sentiasa tunduk dan sujud kepada perintah Allah. Jadilah manusia yang sentiasa peka serta berusaha menhayati dan melaksanakan segala perintah dan ajaran Islam yang terkandung dalam kitab suci al-Quran dan sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

Khamis, 15 Oktober 2015

6 Makna Hijrah Dalam Al-Quran

TAZKIRAH HARI RABU.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Shah Alam, Rabu 14 Oktober 2015).

6 MAKNA HIJRAH DALAM AL-QUR’AN.

Sejarah  telah mencatat  bahawa hijrahnya Rasulullah SAW  dari  Makkah  ke Madinah  merupakan  tonggak  sejarah kebangkitan Islam  setelah 13 tahun berada di bawah  cengkaman kafir  Quraisy Makkah .

Perjalanan  Hijrah  ke Madinah  merupakan perjalanan yang sarat dengan  cabaran dan dugaan yang  bukan mudah bagi mereka yang  lemah iman.

AllahSWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 218:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ.

Ertinya:
"Bahwasanya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berusaha bersungguh-sungguh pada jalan Allah, mereka itulah mendapat rahmat Allah dan Allah maha pengampun lagi maha pengasih" ( QS. Al-Baqarah : 218 )

Perkataan Hijrah itu berasal  dari pada perkataan (هجر) "hadjara" yang mempunyai makna yang berbagai, menurut keadaan, kejadian dan waktu di gunakan perkataan itu.

Pada TAZKIRAH hari ini, USM ingin berkongsi sedikit tentang makna tersebut.  Diantara makna-makna yang terkandung di dalam perkataan "hadjara" itu adalah seperti berikut :

1). Hijrah bermakna : menghindarkan ( sesuatu ),

seperti yang disebutkan dalam Al-Quran Surat Al-Mudatsir ayat 5 :

وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ
Ertinya:
"Dan perbuatan dosa itu hidarkankanlah." ( QS. Al-Muddatstsir  5 )

2).Hijrah bermakna : meninggalkan dan berpaling (dari pada sesuatu),

yang disebutkan di dalam Al–Quran Surat Maryam ayat 46:

...... وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا

Ertinya:
..Dan tinggalkanlah aku dalam tempoh waktu yang lama" (QS. Maryam :46).

3). Hijrah bermakna : Menjauhkan diri ( dari sesuatu ),

yang disebutkan di dalam Al–Quran Surat Al–Muzammil ayat 10:

وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا

Ertinya:
.. Dan hendaklah engkau sabar atas perkara yang mereka katakan dan hendaklah engkau ( Muhammad ) menjauhkan diri dari mereka, dengan cara (menjauhkan) yang baik."  ( QS. Al-Muzammil : 10)

4). Hijrah bermakna : Memisahkan ( sesuatu ),

seperti yang disebutkan dalam Al-Quran Surat An-Nisa ayat 34 :
ُ  وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ

Ertinya:
..Dan pisahkanlah mereka ( perempuan ) di dalam tempat-tempat tidurnya…." (QS. An-Nisa : 34).

5). Hijrah bermakna : Memutuskan perhubungan ( dengan sesuatu ) atau berpindah dari dari sesuatu kepada yang lainnya.

Seperti yang disebutkan di dalam Al-Qur'an surat Ali-Imran ayat 195 :

..فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ ....

Ertinya;
...Maka mereka yang pindah dari mekah, memutuskan perhubungan dan karena diusir oleh orang Quraisy dari tempat-tempat kediaman mereka itu…(QS. Ali-Imran : 195).

6. Hijrah bermakna :  Tidak Mengendahkan/ menghiraukan  sesuatu karena tidak menyukainya atau karena memusuhinya / membencinya.

Allah SWT berfirman  dalam surah  Al-Furqan ayat 30:

وقال الرسول يا رب إن قومي اتخذوا هذا القرآن مهجورا

Ertinya:
“Berkatalah Rasul: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur’an ini suatu yang tidak dihiraukan / diendahkan.” (QS Al-Furqan : 30).

Ya  Allah jadikan kami sebagai hamba-Mu yang  berhijrah dalam kehidupan di dunia ini . Semoga  hijrah pada tahun ini akan  membawa keberkatan kepada hamba-hamba-Mu dalam menegakkan dan menjalankan syariat di atas muka bumi-Mu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Shah Alam, Rabu 1 Muharram 1436 H).

Isnin, 5 Oktober 2015

Hudud di Antara Tahu dan Mahu

Agak lama perbahasan isu hukum hudud di negara kita berlangsung. Sehingga hari ini masih ada kenyataan yang menyokong dan menolak. Sama ada mereka tahu atau tidak, mahu melaksanakannya atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan. Yang pastinya ia telah menjadi ‘seminar ummah’ yang semua orang boleh memberikan pandangan secara bebas. Ia memberi impak positif selepas sekian lama ia tersembunyi dalam timbunan khazanah turath Islam. Yang tidak pernah tahu menjadi tahu, yang sudah faham menjadi semakin mantap, dan ia telah memasuki fasa perbincangan yang lebih ilmiah.  

Kita semua telah mengetahui bahawa pada asasnya setiap Muslim wajib beramal dan melaksanakan semua hukum hakam syari’at yang telah ditetapkan oleh Allah Taala serta tidak menafikan walau sedikit pun daripada-Nya. Kerana Allah Azza wa Jalla telah menyempurnakan agama-Nya sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Maidah ayat 3:
 الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلامَ دِينًا
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redha bahawa Islam itu menjadi agama untuk kamu...”

Syariat itulah sebenarnya agama, yang meliputi hukum-hakam yang berkaitan dengan ibadah dan mu’amalat. Menegakkan, melaksanakan dan berusaha ke arahnya adalah tanggungjawab kita semua, bukan hanya tertanggung ke atas pihak tertentu sahaja. Bukan hanya kepada kerajaan pemerintah, pembangkang, parti politik atau NGO semata-mata, tetapi kepada ummah seluruhnya. 

Firman Allah Azza wa Jalla dalam suruh al-Syura ayat 13 ditujukan kepada seluruh umat Islam:
 شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ
“Allah telah menerangkan kepada kamu apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami  wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisih pada dasarnya.”

Maka tiada satu pihak pun yang boleh memberikan alasan itu dan ini. Lebih-lebih lagi alasan untuk tidak mahu melaksanakannya. Kerana kita semua sudah tahu kewajipan dan tanggungjawab ini. Allah Taala pernah menegur dan menempelak Ahli Kitab kerana tidak mahu melaksanakan syariat mereka, jadi bagaimana pula dengan kita, adakah kita bernilai jika tidak melaksanakan syari’at Islam?

Firman-Nya dalam surah al-Maidah ayat 68:
 قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَسْتُمْ عَلَى شَيْءٍ حَتَّىَ تُقِيمُواْ التَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ
“Katakanlah (wahai Muhammad), wahai ahli Kitab, kamu tidak dikira mempunyai sesuatu sehingga kamu tegakkan ajaran kitab Taurat dan Injil, dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu.”

Kita juga sedia maklum bahawa hukum hudud adalah satu juzu’ daripada perlaksanaan syariah yang lengkap dan menyeluruh. Ia ada hubungkait dengan sistem ekonomi, sosial dan siasah sesuatu tempat. 

Membincangkan perlaksanakan hukum hudud bererti membincangkan dan memperbaiki juga sistem ekonomi, sosial dan siasah agar semuanya mengikut syariat Allah dalam perkara prinsip. Adapun perkara yang melibatkan teknikal perlaksanaan yang tiada nas padanya, maka ia bebas dilaksanakan mengikut maslahat yang mu’tabar. Memahami konteks ini menjadikan kita tidak pelik apabila Umar al-Khattab pernah menagguhkan pelaksanaan hukum hudud ketika suasana tidak mengizinkan iaitu ketika hari-hari lapar (aiyam al maja’ah).

Bahkan kajian dan penelitian terhadap mafsadah (keburukan) yang bakal terjadi dalam perlaksanaan hukum hudud juga tidak boleh dipandang ringan. Kerana tujuan perlaksanaan adalah maslahat, tetapi jika mafsadah yang datang maka ia perlu dinilai semua, kerana mungkin ada kaitan dengan sistem sosial dan pendidikan sedia ada yang juga memerlukan transformasi menyeluruh. 

Ibn Taimiyyah (728H) menyatakan (maksudnya), “Sesungguhnya ia (hudud) termasuk dalam perkara amar makruf dan nahi munkar, jika perlaksanaannya mempunyai keburukan terhadap pemerintah atau rakyat melebihi daripada tidak melaksanakannya, maka keburukan tidak ditolak dengan keburukan yang lebih buruk daripadanya”. (rujuk Ibn Taimiyyah, al-Siyasah al-Syar’iah fi Islah al-Ra’ie wa al-Ra’iyah)

Kita semua juga tahu bahawa kesalahan jenayah yang diperuntukkan dengan hukum hudud adalah hanya sebahagian sahaja daripada sejumlah kesalahan jenayah yang sangat banyak. Dinamakan hudud kerana ia disebut secara tepat dan jelas di dalam al-Quran tentang sesuatu kesalahan jenayah beserta hukumannya. Seperti jenayah zina, mencuri, dan minum arak. Ia telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla yang maha mengetahui akan makhluk-Nya. 

Kesalahan jenayah selainnya tidak dikategorikan sebagai hudud. Ia mungkin qisas (balas balik) dan takzir (menyangkut hal budi bicara hakim). Jadi membincangkan perkara teknikal berkaitan dengan hukum hudud tidak menjadi kesalahan. Tetapi jika mempertikaikan dan menolaknya secara prinsip itulah yang memberi kesan terhadap akidah seseorang. Menolak ketetapan yang ditentukan oleh Allah Taala yang terkandung di dalam al-Quran bermakna tidak beriman kepada sebahagian isi kandungannya. 

Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 85:
أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاء مَن يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنكُمْ إِلاَّ خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
“Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian isi kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.”

Apabila kita tahu yang hukum hudud adalah untuk sebahagian kesalahan jenayah, maka masih banyak lagi kesalahan jenayah lain yang perlu kita ketengahkan berdasarkan syariat Islam. Sudah sampai masanya kita cabut dan buang acuan Barat daripada sistem perundangan kita. Kerana para sarjana Islam juga mempunyai pandangan dan ijtihad yang jauh lebih menepati ruh al-maqasid al-syar’iyah (objektif pensyariatan) yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. 

Ibn al-‘Arabi (543H) ketika membicarakan tentang jasus (agen pengintip negara asing) menyatakan (maksudnya), “Bagi sesiapa yang banyak mengintip aurat (sesuatu yang perlu ditutup) umat Islam untuk dilaporkan segala berita kepada musuh mereka, maka dia bukan seorang kafir dengan perbuatannya itu jika niatnya adalah untuk kepentingan dunia, dan akidahnya masih lagi elok, sebagaimana yang dilakukan oleh Hatib bin Abi Balta’ah ketika dia lakukan perkara yang sama dengan tujuan ingin menyelamatkan (saudaranya), dan dia tidak berniat riddah (keluar) daripada agama.” (Ibn al-‘Arabi, Ahkam al-Qur’an).

Mengetahui Polemik & Syubhah

Melaksanakan hukum hudud yang fungsinya mendidik dan mencegah, bukan boleh dilakukan dengan sambil lewa. Ia memerlukan sistem perlaksanaan yang berkesan kerana ia melibatkan perkara lain yang menjadi tunjang kepada perlaksanannya. Antaranya ialah kewujudan syubhah (keraguan) dalam sesuatu kesalahan jenayah, maka hukum hudud ini tidak akan dilaksanakan, kerana secara prinsipnya, seboleh-bolehnya hukum hudud hendaklah dielakkan. 

Diriwayatkan bahawa Nabi ﷺ bersabda:
  ادْرَءُوا الْحُدُودَ عَنْ الْمُسْلِمِينَ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنْ كَانَ لَهُ مَخْرَجٌ فَخَلُّوا سَبِيلَهُ، فَإِنَّ الْإِمَامَ أَنْ يُخْطِئَ فِي الْعَفْوِ، خَيْرٌ مِنْ أَنْ يُخْطِئَ فِي الْعُقُوبَةِ
“Lepaskan hudud daripada orang Islam setakat kemampuan kamu, dan sebarang jalan keluar yang kamu dapati, maka biarkan ia lepas. Sesungguhnya seorang imam (ketua) tersilap membebaskan (pesalah) adalah lebih baik daripada tersilap melaksanakan hukuman jenayah.” (Riwayat al-Tirmizi)

Terdapat juga pelbagai polemik yang timbul dalam melaksanakan hukum hudud yang kebanyakannya melibatkan kebimbangan dan kurang percaya terhadapnya. Hukum ini dilihat tidak adil ketika membincangkan kedudukan non Muslim dalam hukum hudud ini. Ketika ada pihak yang cuba menunjukkan adilnya hukum ini dengan memberikan pilihan kepada pesalah non-Muslim sama ada hudud atau civil, rupanya ia membuka ruang menunjukkan bahawa ia lebih tidak adil kerana hanya pesalah Islam sahaja yang akan dikenakan hukuman hudud.

Apa Yang Perlu Anda Tahu
 
Sebenarnya kita perlu mengetahui perbezaan definisi adil di antara Islam dengan barat. Barat menyatakan adil adalah sama rata, sedangkan Islam mendefinisikan dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jadi kita perlu tentukan definisi yang mana yang dipakai oleh seseorang yang mengatakan hukum hudud itu tidak adil. Boleh jadi juga polemik yang timbul ini kerana mereka tidak memahami konsep hukum hudud yang sebenar.
Hal ini pernah berlaku ketika ayat berkaitan qisas diturunkan, mereka mempersendakan wahyu Allah. 

Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 179:
 وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَاْ أُولِيْ الأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Dan di dalam hukuman qisas itu ada kehidupun bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.”

Musyrikin Mekah tidak memahami konsep hukum qisas yang Allah Azza wa Jalla perintahkan untuk dilaksanakan. Yang mereka faham adalah yang lain daripada yang sepatutnya. Mereka menyangka dengan melaksanakan hukum qisas bagi kesalahan jenayah membunuh iaitu dengan balas bunuh, maka ia maksudnya kematian bukannya kehidupan sebagaimana dalam ayat tadi. Lalu mereka mempersendakan ayat ini dengan pelbagai tuduhan jahat. 

Sedangkan maksud kehidupan dalam ayat tersebut adalah bagi orang ramai dan masyarakat bukannya bagi pembunuh yang bakal dihukum mati. Kerana dengan hukuman qisas bunuh yang dijalankan ke atas pembunuh, maka selamatlah masyarakat daripada berleluasanya jenayah pembunuhan. Masyarakat akan hidup dengan penuh harmoni dan aman. Inilah kehidupan sebenar yang dimaksudkan oleh ayat di atas. Jadi polemik ini perlu diurus dengan memperbanyakkan lagi diskusi ilmiah yang menerangkan dan mendedahkan konsep hukum hudud yang sebenarnya agar ia dapat difahami dengan baik.  

Bagi mereka yang ragu dengan keberkesanan hukum hudud pula, perlu ditegaskan bahawa salah satu eleman penting dalam perlaksanaan hukum ini ialah ia mesti dilakukan di khalayak ramai. Maknanya mesti disaksikan oleh orang ramai. Hikmahnya ialah untuk menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak sekali-kali berniat untuk cuba melakukan jenayah, kerana nasib yang sama bakal menimpa. Belum lagi perasaan malu yang ditanggung oleh pesalah dan ahli keluarganya. 

Inilah jaminan pencegahan yang Allah nyatakan menerusi firman-Nya berkenaan hukum mencuri dalam surah al-Maidah ayat 38:
 وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُواْ أَيْدِيَهُمَا جَزَاء بِمَا كَسَبَا نَكَالاً مِّنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegahan daripada Allah.”

Syarat untuk mensabitkan sesuatu kesalahan jenayah yang melibatkan hudud juga sangat ketat. Walaupun ia telah dipolemikkan, seperti bilangan saksi, minimum jumlah harta yang dicuri, ada unsur paksaan atau tidak dan sebagainya, ia sebenarnya menunjukkan dan membuktikan ketelitian syariat Islam dalam mensabitkan seseorang dengan sesuatu kesalahan jenayah. Ia sukar untuk seseorang mengambil kesempatan untuk melakukan kezaliman menuduh orang lain dengan sewenang-wenangnya. Kerana hukum hudud tidak akan melepaskan penjenayah, sebagaimana ia juga tidak akan menzalimi mereka yang tidak bersalah. 

Kaedah yang digunapakai cukup jelas iaitu sesuatu jenayah mesti ada yang melakukannya sama ada sengaja atau tidak, dan seseorang tidak akan menanggung kesalahan orang lain sama ada bermotif atau tidak. Punca utama kejadian juga menjadi persoalan utama dalam sesuatu kes. 

Imam al-Kasani (587H) menyatakan (maksudnya), “Jika seseorang meletakkan batu di jalan, kemudian orang lain tersepak batu tersebut lalu jatuh ke dalam lubang yang dikorek oleh orang lain dan meninggal dunia, maka dhoman (gantirugi) dikenakan ke atas orang yang meletakkan batu. Ini kerana mati terjatuh disebabkan tersepak batu, manakala tersepak batu pula puncanya ialah batu yang diletakkan (di jalan).” (al-Kasani, Bada’I al-Sona’I fi Tartib al-Syara’i)    

Kita sebenarnya sudah mengetahui banyak perkara tentang hukum hudud. Yang menjadi halangan utama dalam melaksanakannya ialah mahu atau tidak. Tiada maknanya tahu jika tidak mahu. Allah Taala menceritakan golongan yang tidak mahu turut serta dalam peperangan Tabuk, firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 46:
 لَوْ أَرَادُواْ الْخُرُوجَ لأَعَدُّواْ لَهُ عُدَّةً وَلَكِن كَرِهَ اللَّهُ انبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُواْ مَعَ الْقَاعِدِينَ
“Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut serta berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkannya semangat mereka, dan dikatakan: Tinggalah kamu bersama-sama orang yang tinggal.”

Ahad, 4 Oktober 2015

2 Tabiat Wanita Dalam Al-Quran

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Shah Alam, Ahad 4 Oktober 2015)

2 TABIAT WANITA DALAM AL-QUR'AN.

Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh), yang mencakupi semua sisi kehidupan masyarakat. Membahas segala bentuk ciptaan-Nya melalui kitab Al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW.

Salah satu isi pembahasan dalam Al-Qur'an tentang makhluk ciptaan-Nya adalah yang berkaitan dengan muslimah atau lebih dikenali  dengan kata wanita. Bahkan ada  surah dalam Al-Qur’an yang di namakan dengan surah An-Nisaa'.

Berbicara tentang wanita, maka banyak hal  untuk mengupas semua itu,  tidak akan cukup, jika hanya menggunakan waktu satu jam, sehari, seminggu, atau bahkan sebulan.

Dalam Al-Qur'an dijelaskan tentang segala hal yang menjadi tuntutan bagi wanita. Termasuk di dalamnya menerangkan  bagaimana wanita berinteraksi, bersikap, berpakaian, dan bahkan bagaimana yang semestinya perlakuan kita terhadap wanita.

Suatu hal yang menarik untuk dikupas dalam perbincangan, mengapa wanita merupakan  suatu objek yang tidak akan pernah habis untuk dibahaskan.

Dalam kehidupan sehari-hari bukan suatu hal yang tidak asing lagi tatkala kita melihat aktiviti wanita . Penuh dengan gaya, trend, wangi-wanguan dan fashion serta lainnya.

Terkait dengan watak wanita, ternyata dalam Al-Qur'an telah di jelaskan bahawa ada dua sifat utama wanita yang diterangkan Allah SWT dalam Al-Qur'an surah Az-Zukhruf ayat 18:

أَوَمَن يُنَشَّأُ فِي الْحِلْيَةِ وَهُوَ فِي الْخِصَامِ غَيْرُ مُبِينٍ.

Ertinya:
“Dan apakah patut (menjadi anak Allah) orang yang dibesarkan sebagai PERHIASAN sedang ia tidak mampu memberi alasan yang tegas dan jelas dalam PERTENGKARAN ” (Q.S. Az-Zukhruf: 18).

Rasulullah SAW  bersabda:

إِنَّ الْمَرْأَةََ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ, لَنْ تَسْتَقِيْمَ لَكَ عَلَى طَرِيْقَةٍ, فَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اِسْتَمْتَعْتَ بِهَا وَفِيْهَا عِوَجٌ, وَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهَا كَسَرْتَهَا وَكَسْرُهَا طَلاَقُهَا

Ertinya:
“Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk, ia tidak bisa lurus untukmu di atas satu jalan. Bila engkau ingin bernikmat-nikmat dengannya maka engkau bisa bernikmat-nikmat dengannya namun padanya ada kebengkokan. Jika engkau memaksa untuk meluruskannya, engkau akan memecahkannya. Dan pecahnya adalah talaknya.”(HR. Muslim).

Demikian juga sabda Rasulullah SAW  dalam hadith yang lain:

اسْتَوْصُوْا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَرْأََةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ … -وَفِي رِوَايَةٍ- الْمَرْأَةُ كَالضِّلَعِ

Ertinya:
“Berwasiatlah kalian dengan kebaikan kepada para wanita (para istri), karena wanita itu diciptakan dari tulang rusuk…” Dalam satu riwayat: “Wanita itu seperti tulang rusuk….” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dari dalil di atas menjelaskan tentang dua watak utama kaum perempuan dalam al-Qur’an iaitu:

1. Wanita pada dasarnya ‘suka berhias/suka bersolek’.

Hal itu jelas diungkapkan dalam terjemahan ayat di atas sebagai perhiasan.

2. Wanita itu suka membantah (suka melawan),

sebagaimana terdapat pada kalimat terakhir dari ayat di atas  tentang sikap  wanita yang suka pada  pertengkaran/perbalahan .

Jadi pada dasarnya wanita  memiliki 2 fitrah sebagaimana terdapat dalam ayat di atas.

Wajar bila kita melihat perbezaan yang  cukup ketara  antara laki-laki dengan perempuan bila berjalan beriringan.

Pada kebanyakannya laki-laki akan berpenampilan lebih sederhana dan tidak banyak kerenah, sebaliknya perempuan jauh lebih mementingkan penampilan dan gaya/fashion dibandingkan dengan lainnya.

Jelaslah bahawa ada 2 sifat semula jadi yang melekat pada diri wanita  yang secara alamiah tak dapat dinafikkan.

Nanun demikian kedua watak tersebut bukan sesuatu yang mesti dibiarkan dilakukan wanita secara  berleluasa. Sebaliknya, kedua watak tersebut mesti dikurangkan, bahkan kalau perlu dihapuskan dalam karakter tersebut, kecuali dalam kondisi-kondisi tertentu. Karena  inti dari seruan Allah SWT tersebut adalah menyeru untuk tidak menampakkannya dan meninggalkan kedua  karakter  tersebut.

Realiti ini tidak dapat dimungkiri bahawa wanita sememangnya suka berhias. Dan yang paling banyak membantah dan suka pada  perbalahan bila ditegur juga adalah wanita.

Namun demikian, bukan berarti kelemahan wanita tersebut   membuka ruang bagi laki-laki untuk menjadikan dua hal tersebut adalah kelemahan mutlak yang melekat pada diri wanita.

Jika wanita tersebut  mampu mengendalikan kedua sifat itu menjadi sesuatu yang tidak berlebihan dan di lakukan  pada  perkara yang  sesuai dengan tempatnya, maka tidaklah menjadi satu kesalahan pada diri wanita tersebut.

Kesimpulannya bahawa kedua  sifat tersebut adalah karunia Allah SWT kepada wanita, yang perlu untuk muhasabah, jika disalah gunakan karunia tersebut maka ianya akan  menjadi dosa dan maksiat, akan tetapi jika  ia digunakan pada tempat yang sesuai, maka tidaklah ianya merupakan satu kesalahan.

Ya Allah jadikan wanita-wanita di kalangan kami  sebagai wanita yang sholehah di sisi-Mu dan jadikan mereka  sebagian isteri yang  sholehah  di sisi  suaminya. Mudah-Mudahan keberkatan hidup akan dapat kami perolehi dalam  menjalani hidup kami di dunia yang sementara ini.  Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Shah Alam, Ahad 20 Dzulhijjah  1436 H).

6 Golongan Yang Perlu Mendapat Perhatian

TAZKIRAH HARI SELASA.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Shah Alam, Selasa 29 September  2015).

6 GOLONGAN MANUSIA YANG PERLU MENDAPAT  PERHATIAN.

Allah SWT dengan hikmah dan kuasa-Nya, telah menciptakan manusia berbeza-beza status sosialnya. Ada yang menjadi pemimpin dan ada yang dipimpin.Ada yang  kaya, ada pula yang miskin ada yang  tinggal di  kota ada yang tinggal di desa. Semuanya adalah makhluk Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam al-Qur’an Surah Al-Furqan ayat 20 :

وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا

Ertinya:
“Dan Kami jadikan sebagian kamu cobaan bagi sebagian yang lain, maukah kamu bersabar? Dan adalah Rabb kalian Maha Melihat.” (QS. Al-Furqan: 20)

Juga firman Allah SWT  dalam surah Az-Zukhruf ayat 32:

نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَتَّخِذَ بَعْضُهُمْ بَعْضًا سُخْرِيًّا وَرَحْمَةُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ

Ertinya:
“Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebagian mereka atas sebagian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat mempergunakan sebagian yang lain. Dan rahmat Rabbmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” ( QS. Az-Zukhruf: 32)

Manusia sebagai makhluk sosial tentunya tidak dapat lepas dari ketergantungan dengan orang lain.

Orang kaya tidak akan terpenuhi keperluan hidupnya dengan baik tanpa bantuan orang miskin.

Kerajaan tidak akan bisa mewujudkan berbagai program secara sempurna bila tidak mendapat sokongan dari rakyatnya.

Oleh karenanya, jurang pemisah antara si kaya dan si miskin, antara pemerintah dengan rakyatnya, sudah semestinya dikubur.

Dengan ini akan terwujud kehidupan yang dinamis, di mana masing-masing mengetahui peranannya agar tercapai kemaslahatan bersama.

Jangan Menzalimi Orang yang Lemah

Oleh karena itu janganlah kita  menzalimi orang lain dengan dengan sebab  kekayaan  kita atau  jawatan dan kedudukan kita.

Kezaliman dalam bentuk apapun dan terhadap siapapun adalah kejahatan yang pelakunya berhak mendapat hukuman di dunia ini sebelum di akhirat kelak.

Rasulullah SAW  bersabda:

مَا مِنْ ذَنْبٍ أَجْدَرُ أَنْ يُعَجِّلَ اللهُ تَعَالَى لِصَاحِبِهِ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا مَعَ مَا يَدَّخِرُهُ لَهُ فِي الْأَخِرَةِ مِنَ الْبَغْيِ وَقَطِيْعَةِ الرَّحِمِ

Ertinya:
“Tiada suatu dosa yang lebih pantas Allah Subhanahu wa Ta’ala segerakan hukuman bagi pelakunya di dunia, di samping azab yang Allah sediakan untuknya di akhirat, daripada kezaliman dan memutuskan hubungan silaturahim.” (HR.Al-Bukhari dan Ahmad)

Beberapa Sifat Orang Lemah

1. Orang-orang lemah pada umumnya lebih mau menerima kebenaran yang datang dari Allah Subhanahu wa Ta’ala ketimbang orang yang kaya, kuat, dan berkuasa.

Coba perhatikan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَمَا أَرْسَلْنَا فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَذِيرٍ إِلاَّ قَالَ مُتْرَفُوهَا إِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ

Ertinya:
“Dan Kami tidak mengutus kepada suatu negeri seorang pemberi peringatan pun, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: ‘Sesungguhnya kami ingkar terhadap  apa yang kamu diutus untuk menyampaikannya.” (Saba’:34)

2. Orang yang lemah, karena keikhlasan dan doa mereka, maka pertolongan Allah SWT datang.

Demikian pula rezeki dari-Nya, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

هَلْ تُنْصَرُونَ وَتُرْزَقُونِ إِلاَّ بِضُعَفَائِكُمْ

Ertinya:
“Tidaklah kalian ditolong dan diberi rezeki kecuali dengan sebab orang yang lemah di antara kalian.” (HR. Al-Bukhari)

Oleh karena itu, orang-orang lemah dari golongan orang-orang yang beriman adalah sumber kebaikan bagi umat manusia yang lainnya.

Meskipun mereka lemah secara fizikal  dan hartanya, namun mereka adalah orang yang kuat keimanan dan kepercayaannya kepada Allah SWT.

Oleh sebab itu, bila mereka berdoa dengan tulus ikhlas kepada Allah SWT, maka akan dikabulkan permintaannya. Dan Allah SWT pun memberi rezeki kepada umatnya dengan sebab Keberadaan  mereka. (lihat Bahjatun Nazhirin, 1/355)

3. Orang lemah dari kaum muslimin adalah mayoritas penghuni syurga.

Nabi SAW bersabda:

قُمْتُ عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَكَانَ عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا الْمَسَاكِينَ

Ertinya:
“Aku berdiri di pintu surga, ternyata kebanyakan yang memasukinya adalah orang-orang miskin.” (HR. Muttafaqun ‘alaih)

Diantara golongan orang-orang  lemah yang harus diperhatikan haknya adalah:

1. Anak-anak yatim.

Iaitu anak yang ditinggal mati oleh ayah dan ibunnya atau salah satunya dan dia belum baligh. Mereka sangat  memerlukan kasih sayang orang lain. Bahkan orang yang tidak menolong anak-anak yatim  di katakan  sebagai  pendusta agama.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ma'un, ayat 2:

فَذَٰلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ

Ertinya:
"Itulah orang yang menghardik anak yatim" (QS. al-Ma'un: 2).

Rasulullah SAW bersabda:

أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ

Ertinya:
“Saya dengan orang yang mengurusi anak yatim di surga seperti keduanya ini.” Nabi SAW mengisyaratkan dengan jari telunjuknya dan jari tengahnya dengan merenggangkan di antara keduanya. (HR. Al-Bukhari)

2. Janda-janda miskin.

Wanita yang ditinggal mati suaminya yang tidak  di tinggalkan  kekayaan oleh  suaminya, pada umumnya sangat memerlukan huluran tangan orang lain.

Beban kehidupan mereka  semakin bertambah, demi  menyara anak-anaknya. Hal seperti ini tentunya mengetuk pintu  hati orang yang mempunyai kelebihan rezeki untuk menyisihkan sebagian harta untuknya. (Bukan hanya tujuan  mengawini janda yang  kaya  atau  janda kembang)

Nabi SAW bersabda:

السَّاعِي عَلَى الْأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْـمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللهِ

Ertinya:
“Orang yang bekerja untuk (mencukupi) para janda dan orang miskin seperti seseorang yang berjuang di jalan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

3. Orang-orang miskin.

Orang miskin adalah orang  yang tidak mempunyai sesuatu untuk mencukupi keperluan dirinya beserta anak dan istrinya.

Orang miskin terkadang mempunyai pekerjaan dan penghasilan, namun hasilnya belum mampu  mencukupi keperluan asasnya. Oleh kerana itu Mengabaikan tanggung jawab kepada  orang-orang  miskin di anggap sebagai  orang yang mendustakan agama.

Allah SWT berfirman dalam  Surah Al-Ma'un, ayat  3:

وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Ertinya:
"Dan tidak menganjurkan untuk  memberi makan kepada  orang-orang miskin. (QS. Al-Ma'un: 3).

4. Anak-anak.

Anak merupakan buah hati seorang dan penerus generasi di masa akan datang. Kiranya suatu kezaliman besar manakala seseorang tidak memenuhi hak mereka.

Tunaikanlah hak-hak anak. Berilah mereka kasih sayang yang cukup dan berlaku adillah kepada mereka.

Ketika Nabi SAW  di beritahu ada seorang sahabatnya memberikan hadiah kepada seorang anaknya namun anak yang lain tidak diberi, beliau SAW  mengatakan:

اتَّقُوا اللهَ وَاعْدِلُوا بَيْنَ أَوْلَادِكُمْ

Ertinya:
“Bertakwalah kalian kepada Allah SWT dan berbuat adillah terhadap anak-anak kalian.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

5. Kaum wanita (Isteri)

Wanita dalam Islam memiliki kedudukan penting yang tidak boleh  diabaikan. Mereka membantu laki-laki dalam tercapainya kemaslahatan duniawi dan ukhrawi.

Maka sudah  semestinya kita harus memberikan hak mereka tanpa menguranginya. Nabi SAW pernah berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أُحَرِّجُ حَقَّ الضَّعِيفَيْنِ الْيَتِيمِ وَالْمَرْأَةِ

Ertinya:
“Ya Allah, aku menimpakan dosa terhadap orang yang menyia-nyiakan hak dua orang yang lemah, yaitu anak yatim dan wanita.” (HR. An-Nasa’i).

Orang yang terbaik adalah yang terbaik terhadap istrinya dan orang yang jahat  adalah yang jahat terhadap isterinya.

Allah SWT telah memerintahkan untuk mempergauli wanita dengan baik sebagaimana firman-Nya:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Ertinya:
“Dan pergaulilah mereka dengan baik.” (An-Nisa’: 19)

6. Rakyat jelata

Merupakan kewajiban sesebuah  kerajaan untuk memberikan hak-hak kepada  rakyatnya, dengan  menjunjung tinggi keadilan, serta menghukum  orang-orang yang jahat serta  melakukan  kezaliman  kepada  rakyatnya.

Kekuasaan merupakan amanah Allah SWT untuk mewujudkan kemaslahatan dan kemanfaata bersama dalam perkara agama dan dunia.

pemerintah yang  menyia-nyiakan hak rakyatnya dan tidak mengambil  berat terhadap tugasnya, maka kesengsaraan dan azab telah menunggu mereka.

Nabi SAW  bersabda:

مَا مِنْ وَالٍ يَلِي رَعِيَّةً مِنَ الْمُسْلِمِينَ فَيَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لَهُمْ إِلَّا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Ertinya;
“Tiada seorang hamba yang diserahkan kepadanya kepemimpinan terhadap rakyat kemudian dia mati dalam keadaan menipu dan berkhianat kepada rakyatnya, kecuali Allah SWT haramkan surga baginya.” (HR. Muttafaqun ‘alaihi)

Semoga Allah SWT menunjukkan jalan  masing-masing di antara  kita untuk mampu menjalankan hak-hak tersebut. Sehingga perasaan aman dan damai  serta ruh kecintaan benar-benar menebar dalam kehidupan ini. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Shah Alam, Selasa 15 Dzulhijjah  1436 H).

2 Makna dan Bentuk Taubat Nasuha

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Shah Alam, Ahad 4 Oktober 2015).

2 MAKNA DAN BENTUK TAUBAT NASUHA.

Taubat adalah kembalinya seseorang dari perilaku dosa ke perilaku yang baik yang dianjurkan Allah.

Taubat nasuha adalah taubat yang dilakukan dengan Betul-betul di atas dosa-dosa besar yang pernah dilakukan di masa lalu.

Taubat nasuha ini adalah jalan terbaik yang ditunjukkan oleh Allah SWT sebagai cara agar hamba-Nya berusaha untuk memperbaiki diri atas dosa, maksiat, dan kesalahan yang telah mereka lakukan pada masa yang lalu.

Adapun dalil yang menunjukkan perintah Allah SWT untuk  melakukan taubat nasuha adalah:

1. Firman Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 8:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai". (QS. At-Tahrim : 8).

2. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 222:

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوّٰبِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri".(QS Al-Baqarah :222).

3. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 17:

إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً

Ertinya:
"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". (QS. An-Nisa' :17)

4. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubat ayat 104:

أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَأْخُذُ الصَّدَقَاتِ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Ertinya:
"Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang? (QS.  At-Taubat :104)

Rasulullah SAW bersabda:

كلُّ بَني آدمَ خطَّاء، وخيرُ الخطَّائين التوَّابون.

Ertinya:
"Setiap anak Adam (cenderung) berbuat kesalahan. Dan sebaik-baik orang yang salah adalah yang bertaubat". (HR. Jama’ah).

Adapun maksud TAUBAT NASUHA ada dua pengertian iaitu:

1: Taubat yang Murni (Ikhlas) dan Jujur.

Secara bahasa, نصح (na-sha-ha) artinya sesuatu yang bersih atau murni (tidak bercampur dengan sesuatu yang lain).

Sesuatu disebut (الناصح) (an-naashikh), jika sesuatu tersebut tidak bercampur atau tidak terkontaminasi dengan sesuatu yang lain, misalnya madu murni atau sejenisnya. Di antara turunan kata نصح adalah  النصيحة(an-nashiihah). (Lihat Kitab  Lisaanul ‘Arab, 2/615-617).

Berdasarkan makna bahasa ini, taubat disebut dengan taubat nasuha jika pelaku taubat tersebut memurnikan, ikhlas (hanya semata-mata untuk Allah), dan jujur dalam taubatnya. Dia mencurahkan segala daya dan kekuatannya untuk menyesali dosa-dosa yang telah diperbuat dengan taubat yang benar (jujur).

Ibnu Katsir rahimahullah berkata ketika menjelaskan makna taubat nasuha dalam Surah At-Tahrim ayat 8 di atas,

أَيْ تَوْبَةً صَادِقَةً جَازِمَةً تَمْحُو مَا قَبْلَهَا مِنَ السَّيِّئَاتِ، وَتَلُمُّ شَعَثَ التَّائِبِ وَتَجْمَعُهُ وَتَكُفُّهُ عَمَّا كَانَ يَتَعَاطَاهُ مِنَ الدَّنَاءَاتِ.

Iaitu:
"Taubat yang jujur, yang didasari atas tekad yang kuat, yang menghapus kejahatan-kejahatan di masa silam, yang menghimpun dan mengangkat pelakunya dari kehinaan”. (Tafsir Al-Qur’anul ‘Adzim, 4/191).

Penulis kitab Tafsir Jalalain ada berkata:

صَادِقَة بِأَنْ لَا يُعَاد إلَى الذَّنْب وَلَا يُرَاد الْعَوْد إلَيْهِ

Ertinya:
“Taubat yang jujur, yaitu dia tidak kembali (melakukan) dosa dan tidak bermaksud mengulanginya.” (Tafsir Jalalain, 1/753).

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

فَالنُّصْحُ فِي التَّوْبَةِ وَالْعِبَادَةِ وَالْمَشُورَةِ تَخْلِيصُهَا مِنْ كُلِّ غِشٍّ وَنَقْصٍ وَفَسَادٍ، وَإِيقَاعُهَا عَلَى أَكْمَلِ الْوُجُوهِ

Ertinya:
“An-nush-khu dalam taubat, ibadah, dan nasihat artinya memurnikan perkara-perkara tersebut dari semua kotoran, kekurangan, dan kerusakan. Seseorang melaksanakannya dalam bentuk yang paling sempurna.” (Kitab Madaarijus Saalikiin, 1/309-310).

Al-Alusi rahimahullah berkata:

وجوز أن يراد توبة تنصح الناس أي تدعوهم إلى مثلها لظهور أثرها في صاحبها، واستعمال الجد والعزيمة في العمل بمقتضياتها

Ertinya:
“Taubat nasuha boleh juga dimaknai dengan taubat yang mendatangkan doa dari manusia. Artinya, manusia mendoakannya untuk bertaubat, sehingga tampaklah pengaruh taubat tersebut bagi pelakunya. Pelakunya pun mencurahkan kesungguhan dan tekad untuk melaksanakan taubatnya.“ (Kitab Ruuhul Ma’aani, 28/158).

2: Taubat yang Bertujuan Untuk Memperbaiki Kerosakan dalam Agama akibat Perbuatan Dosa dan Maksiat serta  Kemungkaran yang  Pernah Dilakukan Pada Masa yang Lalu.

Badruddin al-'Aini rahimahullah Penulis kitab  ‘Umdatul Qari menjelaskan,

وأصل النَّصِيحَة مَأْخُوذ من نصح الرجل ثَوْبه إِذا خاطه بالمنصح

Ertinya:
“Adapun makna asal dari ‘nashihah’ diambil dari seseorang yang menjahit pakaiannya, ketika dia menyulam pakaiannya dengan jarum.” (Kitab ‘Umdatul Qari Syarh Shahih Bukhari, 1/321)

Beliau rahimahullah kemudian melanjutkan,

وَمِنْه التَّوْبَة النصوح، كَأَن الذَّنب يمزق الدّين وَالتَّوْبَة تخيطه

Ertinya:
“(Dari kata nashihah tersebut) muncullah istilah ‘taubat nasuha’. Seakan-akan dosa (maksiat) telah merobek agama (seseorang), dan taubatlah yang menjahit kembali (robekan tersebut).” (Kitab ‘Umdatul Qari Syarh Shahih Bukhari, 1/321).

Al-Qurthubi rahimahullah berkata,

وقيل: هي مأخوذة من النصاحة وهي الخياطة. وفي أخذها منها وجهان: أحدهما- لأنها توبة قد أحكمت طاعته وأوثقتها كما يحكم الخياط الثوب بخياطته ويوثقه.

Ertinya:
“Dikatakan, (taubat nasuha) diambil dari kata ‘an-nashahah’, yaitu ‘jahitan’. Berdasarkan asal kata tersebut, terdapat dua sisi (makna) dari taubat nasuha. Pertama, karena taubat tersebut telah memperbaiki ketaatan dan menguatkannya. Sebagaimana jahitan yang memperbaiki pakaian dan menguatkannya.” (Kirab Al-Jami’ li Ahkaamil Qur’an, 18/199).

Al-Alusi rahimahullah berkata,

وسميت التوبة نصوحا : أي توبة ترفو خروقك في دينك وترم خللك

Ertinya:
“Disebut dengan taubat nasuha, yaitu taubat yang memperbaiki robekan (lubang) dalam agamamu dan memperbaiki keburukanmu.” (Kitab Ruuhul Ma’aani, 28/157-158).

Al-Qurthubi rahimahullah menjelaskan sisi yang lain istilah taubat nasuha sesuai dengan makna bahasa di atas. Beliau rahimahullah berkata:

والثاني- لأنها قد جمعت بينه وبين أولياء الله وألصقته بهم، كما يجمع الخياط الثوب ويلصق بعضه ببعض.

“Sisi yang ke dua, karena taubat nasuha mengumpulkan antara pelakunya dengan wali-wali Allah, dan merekatkannya. Hal ini sebagaimana jahitan yang merekatkan pakaian dan menyambung antara sisi (kain) yang satu dengan sisi lainnya.” (Kitab Al-Jami’ li Ahkaamil Qur’an, 18/199).

Adapun Dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh manusia ada 2 jenis iaitu:

1. Dosa kepada Allah SWT (haqqullah).
2. Dosa atau kesalahan kepada sesama manusia (haqqul adami).

1. Dosa kepada Allah SWT.

Imam Nawawi dalam kitab Al-Adzkar 2/845 mengatakan bahwa ada 3 (tiga) syarat dalam melaksanakan taubat nasuha atas dosa yang dilakukan kepada Allah SWT:

اعلم أن كل من ارتكب معصية لزمه المبادرة إلى التوبة منها ، والتوبة من حقوق الله تعالى يشترط فيها ثلاثة أشياء : أن يقلع عن المعصية في الحال . وأن يندم على فعلها . وأن يعزم ألا يعود إليها .

Ertinya:
"Ketahuilah bahwa setiap orang yang melaksanakan dosa maka wajib baginya segera melakukan taubat (nasuha). Adapun taubat dari dosa kepada Allah (haqqullah) ada tiga syarat:
A. Berhenti dari perbuatan dosa itu seketika itu juga.
B. Menyesali perbuatannya.
C. Berniat tidak mengulangi lagi perbuatannya.

Apabila tidak terpenuhi ketiga syarat di atas, maka tidak sah taubatnya.

1. Dosa terhadap sesama manusia.

Imam Nawawi dalam kitab Al-Adzkar 2/845 menyatakan cara taubat dari dosa yang bersifat (haqqul adami) atau dosa pada manusia adalah sebagai berikut:

A. Meninggalkan perilaku dosa itu sendiri.
B. Menyesali perbuatan maksiat yang telah dilakukan.
C. Berjanji untuk tidak melakukannya lagi selamanya.
D. Membebaskan diri dari hak manusia yang dizalimi dengan cara:

(a) Apabila menyangkut harta benda dengan cara mengembalikan harta tersebut;
(b) Apabila menyangkut selain harta benda seperti pernah memfitnah,  ghibah,  berbohong dan lain sebagainya, maka hendaknya meminta maaf kepada yang bersangkutan.

Selain itu, taubat nasuha hendaknya diiringi dengan amal perbuatan yang baik sebagai penebus dosa masa lalu seperti memperbanyak infaq dan sedekah kepada fakir miskin, yatim piatu atau badan sosial Islam seperti masjid dan madrasah  serta amal ibadah sunnah yang lain.

Semoga Allah Ta’ala menjadikan kita semua  termasuk dalam golongan  hamba-hambaNya yang gemar untuk bertaubat.

Ya Allah ya Tuhan kami ampunan dosa-dosa dan kesalahan kami yang disedari atau yang tidak disedari. Terima taubat kami ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Zat yang Maha  Penerima taubat hamba-Nya.  Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Shah Alam, Sabtu 19 Dzulhijjah  1436 H).

Jumaat, 25 September 2015

Kelebihan Puasa Pada Hari Arafah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Indonesia, Rabu 23 September  2015).

3 KELEBIHAN  PUASA ARAFAH PADA 9 DZULHIJJAH.

Mohon maaf  di pinta sudah 2 hari, USM  tidak  muncul dalam  TAZKIRAH  kerana hal yang tidak dapat di elakkan. Dan tadi pagi USM bali kampung untuk  melaksanakan ibadah Qurban di Cirebon,  Bandung Jawa Barat.

Pada hari ini disunnahkan kita  berpuasa pada hari Arafah yang  jatuh pada 9 Dzulhijjah. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan ibadah haji.

Pada TAZKIRAH hari ini, USM ingin berkongsi sedikit tentang puasa Arafah. Dalam  ajaran Islam ibadah Qurban banyak memiliki beberapa kelebihan.  

Diantara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

1)  Diampuni dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah RA berkata, Rasulullah SAW  pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
Ertinya:
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

2)  Amalan terbaik yang disukai Allah SWT kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas Ibnu bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ

Ertinya:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah.  selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” (HR al-Bukhari)

3)  Hari yang paling banyak dibebaskan manusia daripada Azab api neraka.

Dari `A’isyah RA Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

Ertinya :
“Tidak ada hari yang lebih ramai Allah  SWT  membebaskan hamba-NYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah. (HR. Muslim)

Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.  Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi dan supaya dia tetap kuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah serta mengecapi kelebihan-kelebihan dari padanya, semoga amal ibadat  kita dapat diterima di sisi Allah SWT.   Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Indonesia, Rabu 9 Dzulhijjah  1436 H).

6 Kelebihan Melaksanakan Korban

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA. (Indonesia, Khamis 24 September  2015).

6 KELEBIHAN  MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN.

Ibadah Qurban memiliki banyak pesanan moral yang sangat dalam. Seperti pesan yang terkandung dalam makna bahasanya. Qurb atau qurban berarti “dekat” dengan imbuhan ân (alif dan nun) yang mengandung arti “kesempurnaan”, sehingga qurbân  atau “kurban” berarti “kedekatan yang sempurna”.

Kata Qurbân berulang tiga kali dalam al-Qur’an, iaitu pada Surah Ali Imran: 183, al-Ma’idah : 27, dan al-Ahqaf : 28.

Jadi, Qurban adalah penyembelihan binatang tertentu yang dilakukan pada hari Idul Adha dan tiga hari sesudahnya (hari tasyrik), yakni pada tanggal 11, 12, dan 13 Dzulhijjah yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dalam ilmu fiqh, Qurban juga disebut udhḫiyah (karena dilaksanakan dalam suasana Idul Adha) juga berasal dari kata dahwah atau dhuhaa (waktu matahari sedang naik di pagi hari), karena biasanya penyembelihan hewan qurban dilaksanakan pada waktu duha. Dari kata dahwah atau duhaa tersebut diambil kata daahiyah yang bentuk jamaknya udhḫiyah.

Pada TAZKIRAH hari ini, USM ingin berkongsi sedikit tentang beberapa hikmah dan  keistimewaan tentang  amalan  berqurban di antara hikmahnya adalah:

1. Sebagai Wujud Tanda Syukur Kepada Allah SWT,

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah Al-Hajj, ayat 34:

...لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ....

“...Supaya mereka menyebut nama Allah SWT atas apa yang Allah SWT karuniakan kepada mereka berupa binatang ternak….” (QS. al-Hajj, 22 : 34);

2. Sebagai Tanda  Hamba Yang Bertaqwa Kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah Al-Hajj, ayat 37:

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ.

Ertinya:
“Daging daging qurban dan darahnya itu sekali kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah SWT, tetapi ketaqwaan kamulah yang dapat mencapainya…” (QS al-Hajj :37)

3. Sebagai Pengakuan Umat Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW :

عن أبى هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  : من  وجد سعة فلم يضح فلا يحضرن معنا مصلانا.

Ertinya:
“Barang siapa yang mempunyai keluasan (harta) dan tidak mau berqurban, maka janganlah mendekati tempat shalat kami!” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, Ad Daruquthni dan Al Baihaqi).

4. Meraih Ampunan Dosa Dari Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda :

يَا فَاطِمَةُ قَوْمِى فَاشْهَدِى أُضْحِيَتَكِ فَإِنَّهُ يُغْفَرُ لَكِ بِأَوَّلِ قَطْرَةٍ تَقْطُرُ مِنْ دَمِهَا كُلُّ ذَنْبٍ عَمِلْتِيهِ وَقُولِى إِنَّ صَلاَتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ...

Ertinya :
"Wahai Fatimah, bangun dan saksikanlah qurbanmu karena setiap tetes darah hewan qurban akan memohonkan ampunan dari setiap dosa yang telah kau lakukan. Dan bacalah, “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, dan matiku untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagiNya. Dan untuk itu aku diperintahkan...” (HR. Abu Daud dan At-Tirmizi)

5. Akan Mendapatkan Pahala Yang Besar.

Rasulullah SAW bersabda:

قَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا هَذِهِ الأَضَاحِىُّ قَالَ « سُنَّةُ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ ». قَالُوا فَمَا لَنَا فِيهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ  (بِكُلِّ شَعَرَةٍ حَسَنَةٌ). قَالُوا فَالصُّوفُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « بِكُلِّ شَعَرَةٍ مِنَ الصُّوفِ حَسَنَةٌ.

Ertinya:
“Para sahabat Rasulullah SAW bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah maksud dari hewan-hewan kurban seperti ini?” beliau bersabda: “Ini merupakan sunnah (ajaran) bapak kalian, Ibrahim.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, lantas apa yang akan kami dapatkan dengannya?” beliau menjawab: “Setiap rambut terdapat kebaikan.” Mereka berkata, “Bagaimana dengan bulu-bulunya wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Dari setiap rambut pada bulu-bulunya terdapat suatu kebaikan.” (HR. Ahmad dan  Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini dho’if).

6. Mendapat kesaksian dari hewan Qurban pada hari kiamat  kelak. 

Rasulullah SAW bersabda:

مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ هِرَاقَةِ دَمٍ وَإِنَّهُ لَيَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا.

Ertinya:
“Tidaklah pada hari nahr manusia beramal suatu amalan yang lebih dicintai oleh Allah daripada mengalirkan darah dari hewan qurban. Ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, rambut hewan qurban tersebut. Dan sungguh, darah tersebut akan sampai kepada (ridha) Allah SWT  sebelum tetesan darah tersebut jatuh ke bumi, maka bersihkanlah jiwa kalian dengan berkurban.” (HR. Ibnu Majah no. 3126 dan Tirmidiz no. 1493. Hadits ini adalah hadits yang dho’if kata Syaikh Al Albani)

Begitulah sebahagian keutamaan ibadah kurban ini. Semoga Allah SWT memberi kelapangan rezki kepada kita untuk dapat  memenuhinya dan menerima amal ibadah qurban kita.

Ya Allah terimalah amal ibadat qurban kami pada  tahun ini. Semoga rizki yang Engkau  anugerahkan kepada kami  dapat  mendekatkan diri  kami  kepada-Mu dengan  melaksanakan  ibadah Qurban.  Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Indonesia, Khamis 24 Dzulhijjah  1436 H).

POPULAR POSTS

RECENT POSTS

    Total Pageviews