Ensiklopedia Dakwah. Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Selangor

Sabtu, 22 Ogos 2015

12 Perkara Yang Mendatangkan Keberkatan Dalam Rumah Tangga


Setiap orang dalam menjalani kehidupan berumah tangga pasti menginginkan bagaimana kehidupan rumah tangganya dapat berjalan baik dan mendapat keberkatan serta kebahagiaan kepada semua. Tazkirah hari ini mengulas sedikit tentang cara bagaimana untuk mendapatkan keberkatan dalam kehidupan berumah tangga. Di antara sebab-sebab datangnya keberkatan dalam rumah tangga adalah :-

1. Beriman dan Bertaqwa Kepada Allah

Allah berfirman dalam al-Qur’an surah al-A’raf ayat 96;
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Andaikata penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkahan dari langit dan bumi. Tetapi, mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya (mendustakan ayat-ayat Kami).”

Maka kita dapat fahami bahawa orang-orang beriman yang bertaqwa akan mendapatkan keberkatan dalam hidupnya juga isteri-isteri serta anak-anak dalam keluarganya.

2. Mendirikan Solat

Mengajak anggota keluarga untuk mendirikan solat merupakan sebab datangnya keberkatan dalam rumah tangga. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Thaha, ayat  132;
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. kami tidak meminta rezeki kepadamu, kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (Thohaa: 132)

3. Sentiasa Tawakal

Rumah tangga yang dibina dengan asas tawakal kepada Allah, akan mendapatkan keberkatan dalam hidupnya. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah At-Taubah ayat 51;
وَعَلَى اللهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
“Dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.”

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman dalam surah al-Talaq ayat 3;
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Dia akan mencukupkan (keperluan)-nya.”

4. Memperbanyak Istighfar

Allah menceritakan tentang Nabi Hud as bersama kaumnya dalam al-Qur’an surah Hud ayat 52;
وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ
“Dan (Hud berkata); Hai kaumku, beristighfarlah kepada Rabbmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan atasmu hujan yang sangat deras, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuta dosa.”

5. Memulakan Basmalah

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadis;
عن عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أن النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان يَأْكُلُ طَعَاماً في سِتَّةِ نَفَرٍ من أَصْحَابِهِ فَجَاءَ أعرابي فَأَكَلَهُ بِلُقْمَتَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَا إِنَّهُ لَوْ كَانَ ذَكَرَ اسْمَ اللَّهِ لَكَفَاكُمْ
“Dari Sahabat Aisyah radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pada suatu saat sedang makan bersama enam orang sahabatnya, tiba-tiba datang seorang Arab badwi, lalu menyantap makanan beliau dalam dua kali suapan (sahaja). Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda; Ketahuilah seandainya ia menyebut nama Allah (membaca bismillah), nescaya makanan itu akan mencukupi kalian.” (riwayat Ahmad, al-Nasaie dan Ibnu Hibban)

Mengajarkan anggota keluarga untuk sentiasa mengawali pekerjaan dengan menyebut nama Allah merupakan sebab datangnya keberkatan dalam rumah tangga. Bahkan setiap amalan yang tidak diawali dengan basmalah akan menjadi sia-sia.

6. Membaca Al-Qur’an

Menghidupkan rumah tangga dengan membaca al-Qur’an merupakan sebab utama datangnya keberkatan. Allah berfirman dalam al-Qur’an Surah Al-An’am, ayat 92;
وَهَٰذَا كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ
“Dan al-Quran ini adalah Kitab yang telah kami turunkannya keberkatan.”

Allah jadikan al-Qur’an sebagai sumber keberkatan pada saat dipelajari, dibaca, dijadikan sebagai sumber hukum dalam kehidupan umat Islam.

7. Mencari Rezeki Yang Halal

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
لاَ تَسْتَبْطِئُوْا الرِّزْقَ ، فَإِنَّهُ لَنْ يَمُوْتَ الْعَبْدُ حَتَّى يَبْلُغَهُ آَخِرُ رِزْقٍ هُوَ لَهُ، فَأَجْمِلوُاْ فِيْ الطَّلَبِ: أَخْذِ الْحَلَالِ، وَترَكِ الْحَرَامِ
“Janganlah kamu merasa bahawa rezekimu datangnya terlambat. Kerana sesunguhnya, tidaklah seseorang hamba akan meninggal, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya. Maka, tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, iaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim)

8. Memperbanyakkan Syukur

Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Ibrahim ayat 7;
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Dan ingatlah tatkala Rabbmu memaklumkan; Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”

Pada ayat lain, Allah berfirman dalam surah al-Naml ayat 4;
وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ
“Dan barangsiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya ia bersyukur demi (kebaikan) dirinya sendiri.”

9. Memperbanyak Sedekah

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 276;
يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ
“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah.” (al-Baqarah: 276)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا. وَيَقُولُ الْآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
“Tiada pagi hari, melainkan ada dua malaikat yang turun, kemudian salah satunya berkata (berdo’a); Ya Allah, berilah pengganti bagi orang yang berinfak, sedangkan yang lain berdo’a; Ya Allah, timpakanlah kepada orang yang kedekut (tidak berinfak) kehancuran.” (Muttafaqun ‘alaih)

10. Silaturrahim

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Barangsiapa yang mahu dilapangkan (atau diberkahi) rezekinya, atau ditunda (dipanjangkan) umurnya, maka hendaknya ia bersilaturrahim.” (Muttafaqun ‘alaih)

11. Memanfaatkan Pagi Hari

Waktu pagi adalah waktu penuh keberkatan untuk mencari rezeki bahkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mendo’akan secara khusus dalam hadisnya;
اللَّهُمَّ باَرِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا
“Ya Allah, berkahilah untuk ummatku waktu pagi mereka.” (riwayat Abu Dawud, al-Tirmidzi, al-Nasaie, Ibnu Majah)

12. Pernikahan

Pernikahan merupakan sebab datangnya keberkatan dalam rumah tangga kerana ia akan dapat menjaga diri dari perbuatan yang dibenci oleh Allah. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah al-Nur, ayat  32;
إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Jika mereka dalam keadaan miskin maka Allah akan mencukupkan mereka dengan kurnia-Nya dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) Lagi Maha Mengetahui.”

Ya Allah berkatilah kami dalam hidup kami serta jadikan keluarga kami keluarga yang bahagia di dunia hingga akhirat. Dengan rahmat dan kurnia-Mu kami dapat mensyukuri segala nikmat pemberian-Mu.

Biodata Penulis

Ustaz Sihabuddin Muhaemin (USM). Kritik dan saranan yang membina sangat dialu-alukan. SMS (012-6653988) atau layari laman facebook USM - Sihabuddin Muhaemin

0 ulasan:

Catat Ulasan

POPULAR POSTS

RECENT POSTS

    Total Pageviews