Ensiklopedia Dakwah. Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Selangor

Jumaat, 25 September 2015

Kelebihan Puasa Pada Hari Arafah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Indonesia, Rabu 23 September  2015).

3 KELEBIHAN  PUASA ARAFAH PADA 9 DZULHIJJAH.

Mohon maaf  di pinta sudah 2 hari, USM  tidak  muncul dalam  TAZKIRAH  kerana hal yang tidak dapat di elakkan. Dan tadi pagi USM bali kampung untuk  melaksanakan ibadah Qurban di Cirebon,  Bandung Jawa Barat.

Pada hari ini disunnahkan kita  berpuasa pada hari Arafah yang  jatuh pada 9 Dzulhijjah. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan ibadah haji.

Pada TAZKIRAH hari ini, USM ingin berkongsi sedikit tentang puasa Arafah. Dalam  ajaran Islam ibadah Qurban banyak memiliki beberapa kelebihan.  

Diantara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

1)  Diampuni dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah RA berkata, Rasulullah SAW  pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
Ertinya:
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

2)  Amalan terbaik yang disukai Allah SWT kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas Ibnu bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ

Ertinya:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah.  selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” (HR al-Bukhari)

3)  Hari yang paling banyak dibebaskan manusia daripada Azab api neraka.

Dari `A’isyah RA Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

Ertinya :
“Tidak ada hari yang lebih ramai Allah  SWT  membebaskan hamba-NYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah. (HR. Muslim)

Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.  Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi dan supaya dia tetap kuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah serta mengecapi kelebihan-kelebihan dari padanya, semoga amal ibadat  kita dapat diterima di sisi Allah SWT.   Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Indonesia, Rabu 9 Dzulhijjah  1436 H).

  1 ulasan:

POPULAR POSTS

RECENT POSTS

    Total Pageviews