Memahami Fiqh Politik Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi
Dalam isu pelaksanaan syariat Islam yang menjadi sebahagian daripada perkara siyasah, ada beberapa kalangan yang dikatakan mengkaji Islam memandang pelaksanaan syariat ini sebagai hal yang remeh-temeh; yakni tidak perlu dibesarkan dalam suasana masyarakat majmuk. Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi menghuraikan dalam kitabnya “السياسة الشرعية في ضوء نصوص الشرعية ومقاصدها”, ada kalangan umat Islam melupai urusan pelaksanaan syariat itu ada kaitannya dengan aqidah Islam. Walaupun dimasukkan dalam perkara ijtihad dan furu’ (cabang) di sisi ulama Ahli Sunnah wa al-Jamaah, namun ia tidak boleh dipisahkan daripada aqidah Islam. Ini kerana, pelaksanaan hukum syariat itu adalah amalan yang lahir menjadi bukti daripada iman kepada taklifan wajib melaksanakan hukum daripada al-Quran dan menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh teladan yang mesti diikuti. Perkara yang termasuk daripada Rukun dan Usul (Rukun Iman dan Islam).
Firman Allah;
أَلَمْ
تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُواْ بِمَا أُنزِلَ
إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُواْ إِلَى
الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُواْ أَن يَكْفُرُواْ بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ
أَن يُضِلَّهُمْ ضَلالاً بَعِيدًا
“Adakah
kamu tidak nampak adanya kalangan yang mengaku bahawa mereka beriman
kepada apa (hukum) yang telah diturunkan kepadamu (Muhammad) dan
diturunkan juga kepada (Rasul as) yang lebih dahulu daripadamu,
tiba-tiba mereka menerima Taghut (mereka yang melampau meninggalkan
hukum Allah) supaya mengendalikan kehakiman terhadap mereka, padahal
mereka diperintah supaya mengingkarinya, berada pula dalam keadaan
syaitan hendak menyesatkan mereka kepada kesesatan yang sejauh-jauhnya.” (surah al-Nisa’, ayat 60)
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا
“Dan
apabila dikatakan kepada mereka; marilah kepada hukum yang telah
diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul. Nescaya engkau melihat mereka
itu menghalangmu dengan cara yang bersungguh-sungguh.” (surah al-Nisa’, ayat 61)
Allah swt berfirman lagi di dalam al-Quran;
فَلاَ
وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ
ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ
وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيمًا
“Maka
tidak, demi Tuhamu! Sebenarnya mereka tidak beriman, sehinggalah mereka
berhakimkanmu (Rasulullah saw) dalam apa-apa perkara yang menjadi
pertelingkahan kalangan mereka. Kemudian tidak ada dalam diri mereka
perasaan ragu terhadap apa yang telah engkau membuat keputusannya dan
mereka menyerah diri dengan sepenuh-penuhnya.” (surah al-Nisa’, ayat 65)
Terdapat
di kalangan umat Islam, mereka yang menimbulkan kekeliruan menggunakan
Maqasid Syariah dengan tujuan menyingkirkan hukum Islam dalam
perundangan negara. Orang-orang yang berusaha menegakkan syariat Allah
pula dituduh dengan pelbagai tohmahan buta seperti ta’assub, ekstremis,
khawarij terroris, ISIS dan seumpamanya tanpa merujuk hal yang
sebenarnya sehingga menjadi fitnah jijik di dalam mulut-mulut mereka,
tujuannya tidak lain adalah untuk mengekang keunggulan syariat Islam dan
merosakkan imej para pendokongnya. Sedangkan Allah berfirman;
سَتُكْتَبُ شَهَادَتُهُمْ وَيُسْأَلُونَ
“Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).” (surah al-Zukhruf, ayat 19)
Bagi
menjelaskan perkara ini, wajarlah kita ketahui tiga Madrasah
(pendekatan dalam pemikiran) pengkaji Islam yang perlu dijelaskan :-
- Kumpulan <<ظاهرية>> berpegang kepada nas juzuk yang zahir sahaja secara harfiyyah dan bersekongkol dengannya, tanpa peduli kepada tujuan dan hikmah syariat, maqasid (tujuan) dan waqie’ (realiti) yang berkaitan dengan pelaksanaan syariat yang Allah wajibkan. Mereka adalah warisan mazhab Zahiriyyah di zaman dahulu yang jumud bersama nas yang zahir sahaja menolak ijtihad dalam perkara yang tidak ada nas.
- Kumpulan <<معطلة>> iaitu mereka di kalangan yang membatalkan pelaksanaan syariat yang wajib, beralasankan hikmah, maqasid syariah dan siyasah syariyyah. Melalaikan nas yang nyata dan mentakwilkan tafsirannya dengan tujuan meninggalkan hukum syariat kerana terpengaruh sengan agenda taghrib (westernisasi/ pembaratan) kerana ingin meneruskan agenda moden Barat terhadap masyarakat Islam.
- Kumpulan <<وسطية>> iaitu mereka di kalangan pertengahan yang tetap berpegang kepada nas hukum syariat, berusaha dengan adil melaksanakannya mengikut kaedah yang betul, maqasid syariah dan siyasah syariyyah bagi menjamin pelaksanaan syariat tetap berkuasa dan berlaku dengan cara yang betul, bukan meninggalkannya.
Firman Allah;
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
“Dan
demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin ke jalan yang lurus), Kami
jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya
kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia
(tentang yang benar dan yang salah).” (surah al-Baqarah, ayat 143).
Umat
pilihan lagi adil di atas juga bermakna umat pertengahan, yakni
pertengahan segala pembawaannya, tidak melampau dan tidak keterlaluan
dalam menganut kepercayaannya, demikian juga akhlak dan amalannya,
segala-galanya berkeadaan di tengah-tengah – sama-sama dipandang,
dipelajari dan diusahakan meliputi soal-soal dunia dan akhirat.
Tiap-tiap orang yang berdiri di tengah-tengah dengan mengambil tahu
secara mendalam dan memandang berat kepada perkara-perkara yang berlaku
di sekelilingnya, maka pertimbangannya serta pengetahuannya mengenai
baik buruknya perkara-perkara itu, adalah adil, benar dan sah.
Tengah-tengah yang di sini bukanlah dimaksudkan tidak tahu mana yang
benar mana yang salah, atau keliru dengan pendiriannya sendiri.
Pertengahan yang dimaksudkan di sini merupakan antara ciri kesempurnaan
dan kesyumulan yang diutarakan oleh Islam bagi mengimbangi tuntutan
dunia dan akhirat sekaligus menangani maslahah ummah. Mereka menjadikan
Nabi Muhammad saw sebagai contoh ikutan dalam segala aspek kehidupan.
Baik dalam soal ibadat, muamalat, bekerja mahupun dalam soal
kekeluargaan dan pemeirintahan Baginda harus kita jadikan contoh ikutan
jika menginginkan kejayaan dan keredhaan Allah. Dalam erti kata lain,
apa yang diperintah dan dilarang oleh Nabi wajib kita taati sepenuhnya
kerana itu adalah jalan takwa yang menyempurnakan makna wasatiyyah kita
kepada Allah swt.
Firman Allah;
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan
apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah
serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka
patuhi larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya
Allah amatlah berat azab seksa-Nya bagi orang yang melanggar
perintahnya.” (surah al-Hasyr, ayat 7).
Ringkasan Huraian
Mazhab ظاهرية (Zohiriyyah);
Mazhab ini sudah ada di zaman dahulu, di mana mereka berpegang dengan
nas yang zahir sahaja, hanya yang disebut dalam al-Quran dan Hadis,
sehingga salah menggunakan hukum akal terhadap hukum syarak, dengan
menegaskan Allah berkuasa untuk menukar yang halal di dalam kuasa-Nya,
tanpa memahami betapa ilmu dan kebijaksanaan Allah memandu kebijaksanaan
manusia.
Mustahil
bagi Allah memilih yang buruk dan berlaku zalim, seperti melaksanakan
perkara yang ada nas dengan meninggalkan kebijaksaan semasa dalam
pengurusan dan melaksanakan hukum.
Golongan
ini hanya berpegang kepada nas sahaja dan menolak kalau tidak ada nas,
seperti menolak demokrasi secara total kerana datang daripada Barat
tanpa melihat kepada adanya titik persamaan dari segi hak kemanusiaan
dan rakyat dalam hukum politik Islam. Dalam demokrasi ada kekurangan
serta kelemahannya yang wajib dibetulkan oleh Islam daripada
kebijaksanaan manusia yang ada kelemahan makhluk, namun hendaklah
dibetulkan dengan petunjuk Allah yang tidak menafikan adanya
kebijaksanaan manusia makhluk ciptaan-Nya.
Mazhab معطلة (Mua’thilah);
Mazhab ini di zaman dahulu menafikan adanya sifat-sifat bagi Allah.
Adapun mua’thilah di zaman sekarang menafikan pelaksanaan syariat
(khususnya dalam hukum Hudud) dengan alasan siyasah syariyyah dan
maqasid syariah yang salah, khususnya bertujuan bagi menggantikannya
dengan undang-undang Barat ciptaan manusia.
Manusia
menafsirkan ayat-ayat amaran Allah berkait dengan syariat seperti sebab
turutnya kepada orang-orang Yahudi, ahli kitab. Ya, banyak juga sebab
nuzulnya kepada orang-orang Yahudi, tetapi ingat bahawa pengajaran lebih
ditujukan kepada penganut Islam yang beriman, kerana kewajipan
melaksanakan syariat Allah ditujukan kepada orang yang beriman, supaya
jangan terpengaruh dengan hawa nafsu orang-orang yang menghalang
pelaksanannya. Firman Allah swt;
وَأَنِ
احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ
وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ
فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم
بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
“Hendaklah
kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan
Allah, dan janganlah kamu mengikuti keinginan mereka. Dan waspadalah
terhadap mereka, jangan sampai mereka memperdayakan kamu terhadap
sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling
(dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa
sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada mereka
disebabkan sebagian dosa-dosa mereka. Sungguh, kebanyakan manusia adalah
orang-orang yang fasik.” (surah al-Maidah, ayat 49)
Mereka
menjadikan alasan Khalifah Umar al-Khattab tidak menjatuhkan hukuman
Hudud terhadap pencuri di tahun meleset, tanpa melihat sebabnya yang
sebenar, berkait individu yang tidak
memenuhi
syarat-syarat, bukannya membatalkan undang-undang Allah. Tujuan sebenar
kumpulan ini ialah meninggalkan syariat Islam khususnya undang-undang
syariat Islam bagi kesalahan Hudud seperti memotong tangan pencuri,
menyebat penzina yang disebut dalam al-Quran dan rejam yang disebut
dalam Sunnah, hukuman Qazaf dan Hirabah, dengan menggunakan hujah
syariat dengan cara yang salah memahami maqasid syariah dan masoleh
(perkara asal).
Mazhab وسطية (Wasatiyyah);
Pendekatan pertengahan yang betul di antara dua kumpulan yang salah,
melampau dan longgar. Pendekatan wasatiyyah tetap menegakkan hukum
Allah, namun pelaksanaannya secara ilmu syariat yang betul dan
istiqamah. Beramal dengan siyasah syariyyah, ilmu maqasid syariah dan
berpegang teguh dengan nas, dengan tujuan melaksanakan syariat Allah
dengan istiqamah (konsisten). Tegasnya hukum syariat wajib ditegakkan
dalam negara yang Islamnya berdaulat, undang-undang Islam wajib
dikuatkuasakan. Adapun pelaksanaannya mengandungi huraian yang betul
dengan syarat, rukun dan adabnya, mengikut Fiqh Awlawiyyat (keutamaan),
Waqie’ (realiti) dan Muwazanat (pertimbangan). Dalam melaksanakan
undang-undang jenayahnya berada sempadan Qisas, Hudud dan Takzir,
bukannya berpindah kepada undang-undang yang bukan Islam.
“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”
0 ulasan:
Catat Ulasan