Ensiklopedia Dakwah. Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Selangor

Jumaat, 25 September 2015

Jangan Persenda Mencari Keredhaan Allah

Al Bayanul Mubin. Siri 16

Jangan persenda "Mencari Redha Allah swt"

Oleh : Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

1. Fasal ke 5 Perlembagaan PAS dibawah tajuk Tujuan PAS dengan jelas menyebut bahawa tujuan PAS ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan agar tegak di bumi tercinta ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana padanya nilai - nilai dan hukum hakam yang menuju keredhaan Allah swt.

2. Ertinya, matlamat akhir perjuangan PAS adalah mencari Redha Allah swt. Tidak ada nilai perjuangan ini tanpa redha Allah swt. Kita tampal poster kerana mencari redha Allah swt. Kita naikkan bendera kerana mengharapkan redha Allah swt. Kita menyampaikan kuliah, ceramah dan sebagainya adalah kerana mendambakan redha Allah swt. Kita berdakwah, berpolitik dan menggerakkan aktiviti tarbiyah semuanya berpaksi kepada redha Allah swt.

3. Kita berjuang untuk menegakkan Islam. Rebah bangun menghadapi segala ancaman dan tentangan. Kita mahu Islam berdaulat. Kita mahu Islam berada ditempat yang sewajarnya. Kita mahu Islam tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Namun perjuangan ini ada kaedahnya, perjuangan ini ada syarat yang perlu dipatuhi agar mendapat redha Allah swt.

4. Segalanya akan menjadi sia - sia bagai debu berterbangan tanpa sebarang manafaat jika gerak juang kita tidak diredhai oleh Allah swt. Kita mahu kemenangan dalam redha Allah swt. Kita tidak mahu kemenangan yang terpisah dari redha Allah swt. Semoga kita termasuk dalam golongan pilihan Allah swt :

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

Dan di antara manusia, ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya (yang berjuang dan berkorban hanya kerana mencari redha Allah swt)

Surah Al Baqarah : 207

5. Slogan perjuangan kita yang selayaknya tersemat utuh di dalam dada kita ialah :

الله غايتنا
الرسول قدوتنا
القرآن دستورنا
الجهاد سبيلنا
الموت في سبيل الله أسمى أماننا

(Redha) Allah Matlamat akhir kita
Ar Rasul contoh tauladan kita
Al Quran perlembagaan hidup kita
Al Jihad adalah jalan kita
Mati di jalan Allah setinggi-tinggi cita-cita kita

6. Kita diajar oleh Islam agar memberi infak, menderma dan menyumbang adalah untuk mencari redha Allah swt :

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Surah Al Baqarah : 265

7. Segala amal kebaikan yang kita lakukan juga adalah selayaknya untuk mencari redha Allah swt. Hal demikian itu meletakkan kita berbakti bukan hanya didunia tetapi juga diakhirat.

لَّا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.

Surah An Nisa' : 114

8. Malangnya terdapat sebahagian dari kalangan umat Islam yang jahil dan naif, tanpa rasa bersalah dan segan malu mempersendakan ucapan dan pendirian kita apabila kita menegaskan bahawa perjuangan yang kita dukung ini adalah untuk "mencari redha Allah swt". Malah mereka mula panas belakang, apabila syarat yang kita letak dalam strategi, aktiviti, pendekatan dan gerak aksi kita adalah "mencari redha Allah". Mereka anggap syarat ini menyusahkan mereka dan melambatkan proses mencapai kemenangan.

9. Sebenarnya, redha Allah swt menjadi rahsia umum kenapa perjuangan ini mampu bertahan, meskipun dibelasah dan difitnah tanpa belas simpati oleh musuh Islam dan bonekanya yang tidak mahu melihat Islam berdaulat di bumi bertuah ini.

10. Inilah tunjang utama yang meletakkan kita mampu beristiqamah dengan perjuangan suci ini, biarpun tiada janji manis bersifat duniawi diberikan. Mereka yang memperkecilkan redha Allah swt pastinya mudah meninggalkan perjuangan, patah hati dan kecewa dalam perjuangan terutama apabila kemenangan yang mereka gilakan selama ini gagal dicapai sedang mereka tidak mengharapkan apa - apa dari Allah swt.

Penutup :

إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا

"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Allah swt kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".

Surah Al Insan : 10

Sekian.

Beristiqamah Hingga Kemenangan

Kelebihan Puasa Pada Hari Arafah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Indonesia, Rabu 23 September  2015).

3 KELEBIHAN  PUASA ARAFAH PADA 9 DZULHIJJAH.

Mohon maaf  di pinta sudah 2 hari, USM  tidak  muncul dalam  TAZKIRAH  kerana hal yang tidak dapat di elakkan. Dan tadi pagi USM bali kampung untuk  melaksanakan ibadah Qurban di Cirebon,  Bandung Jawa Barat.

Pada hari ini disunnahkan kita  berpuasa pada hari Arafah yang  jatuh pada 9 Dzulhijjah. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan ibadah haji.

Pada TAZKIRAH hari ini, USM ingin berkongsi sedikit tentang puasa Arafah. Dalam  ajaran Islam ibadah Qurban banyak memiliki beberapa kelebihan.  

Diantara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

1)  Diampuni dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah RA berkata, Rasulullah SAW  pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
Ertinya:
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

2)  Amalan terbaik yang disukai Allah SWT kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas Ibnu bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ

Ertinya:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah.  selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” (HR al-Bukhari)

3)  Hari yang paling banyak dibebaskan manusia daripada Azab api neraka.

Dari `A’isyah RA Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

Ertinya :
“Tidak ada hari yang lebih ramai Allah  SWT  membebaskan hamba-NYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah. (HR. Muslim)

Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.  Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi dan supaya dia tetap kuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah serta mengecapi kelebihan-kelebihan dari padanya, semoga amal ibadat  kita dapat diterima di sisi Allah SWT.   Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Indonesia, Rabu 9 Dzulhijjah  1436 H).

6 Kelebihan Melaksanakan Korban

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA. (Indonesia, Khamis 24 September  2015).

6 KELEBIHAN  MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN.

Ibadah Qurban memiliki banyak pesanan moral yang sangat dalam. Seperti pesan yang terkandung dalam makna bahasanya. Qurb atau qurban berarti “dekat” dengan imbuhan ân (alif dan nun) yang mengandung arti “kesempurnaan”, sehingga qurbân  atau “kurban” berarti “kedekatan yang sempurna”.

Kata Qurbân berulang tiga kali dalam al-Qur’an, iaitu pada Surah Ali Imran: 183, al-Ma’idah : 27, dan al-Ahqaf : 28.

Jadi, Qurban adalah penyembelihan binatang tertentu yang dilakukan pada hari Idul Adha dan tiga hari sesudahnya (hari tasyrik), yakni pada tanggal 11, 12, dan 13 Dzulhijjah yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dalam ilmu fiqh, Qurban juga disebut udhḫiyah (karena dilaksanakan dalam suasana Idul Adha) juga berasal dari kata dahwah atau dhuhaa (waktu matahari sedang naik di pagi hari), karena biasanya penyembelihan hewan qurban dilaksanakan pada waktu duha. Dari kata dahwah atau duhaa tersebut diambil kata daahiyah yang bentuk jamaknya udhḫiyah.

Pada TAZKIRAH hari ini, USM ingin berkongsi sedikit tentang beberapa hikmah dan  keistimewaan tentang  amalan  berqurban di antara hikmahnya adalah:

1. Sebagai Wujud Tanda Syukur Kepada Allah SWT,

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah Al-Hajj, ayat 34:

...لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ....

“...Supaya mereka menyebut nama Allah SWT atas apa yang Allah SWT karuniakan kepada mereka berupa binatang ternak….” (QS. al-Hajj, 22 : 34);

2. Sebagai Tanda  Hamba Yang Bertaqwa Kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah Al-Hajj, ayat 37:

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ.

Ertinya:
“Daging daging qurban dan darahnya itu sekali kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah SWT, tetapi ketaqwaan kamulah yang dapat mencapainya…” (QS al-Hajj :37)

3. Sebagai Pengakuan Umat Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW :

عن أبى هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  : من  وجد سعة فلم يضح فلا يحضرن معنا مصلانا.

Ertinya:
“Barang siapa yang mempunyai keluasan (harta) dan tidak mau berqurban, maka janganlah mendekati tempat shalat kami!” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, Ad Daruquthni dan Al Baihaqi).

4. Meraih Ampunan Dosa Dari Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda :

يَا فَاطِمَةُ قَوْمِى فَاشْهَدِى أُضْحِيَتَكِ فَإِنَّهُ يُغْفَرُ لَكِ بِأَوَّلِ قَطْرَةٍ تَقْطُرُ مِنْ دَمِهَا كُلُّ ذَنْبٍ عَمِلْتِيهِ وَقُولِى إِنَّ صَلاَتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ...

Ertinya :
"Wahai Fatimah, bangun dan saksikanlah qurbanmu karena setiap tetes darah hewan qurban akan memohonkan ampunan dari setiap dosa yang telah kau lakukan. Dan bacalah, “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, dan matiku untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagiNya. Dan untuk itu aku diperintahkan...” (HR. Abu Daud dan At-Tirmizi)

5. Akan Mendapatkan Pahala Yang Besar.

Rasulullah SAW bersabda:

قَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا هَذِهِ الأَضَاحِىُّ قَالَ « سُنَّةُ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ ». قَالُوا فَمَا لَنَا فِيهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ  (بِكُلِّ شَعَرَةٍ حَسَنَةٌ). قَالُوا فَالصُّوفُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « بِكُلِّ شَعَرَةٍ مِنَ الصُّوفِ حَسَنَةٌ.

Ertinya:
“Para sahabat Rasulullah SAW bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah maksud dari hewan-hewan kurban seperti ini?” beliau bersabda: “Ini merupakan sunnah (ajaran) bapak kalian, Ibrahim.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, lantas apa yang akan kami dapatkan dengannya?” beliau menjawab: “Setiap rambut terdapat kebaikan.” Mereka berkata, “Bagaimana dengan bulu-bulunya wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Dari setiap rambut pada bulu-bulunya terdapat suatu kebaikan.” (HR. Ahmad dan  Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini dho’if).

6. Mendapat kesaksian dari hewan Qurban pada hari kiamat  kelak. 

Rasulullah SAW bersabda:

مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ هِرَاقَةِ دَمٍ وَإِنَّهُ لَيَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا.

Ertinya:
“Tidaklah pada hari nahr manusia beramal suatu amalan yang lebih dicintai oleh Allah daripada mengalirkan darah dari hewan qurban. Ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, rambut hewan qurban tersebut. Dan sungguh, darah tersebut akan sampai kepada (ridha) Allah SWT  sebelum tetesan darah tersebut jatuh ke bumi, maka bersihkanlah jiwa kalian dengan berkurban.” (HR. Ibnu Majah no. 3126 dan Tirmidiz no. 1493. Hadits ini adalah hadits yang dho’if kata Syaikh Al Albani)

Begitulah sebahagian keutamaan ibadah kurban ini. Semoga Allah SWT memberi kelapangan rezki kepada kita untuk dapat  memenuhinya dan menerima amal ibadah qurban kita.

Ya Allah terimalah amal ibadat qurban kami pada  tahun ini. Semoga rizki yang Engkau  anugerahkan kepada kami  dapat  mendekatkan diri  kami  kepada-Mu dengan  melaksanakan  ibadah Qurban.  Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Indonesia, Khamis 24 Dzulhijjah  1436 H).

6 Pengajaran Daripada Peristiwa Mina

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Indonesia, Jumaat 25 September  2015).

6 PENGAJARAN DISEBALIK MUSIBAH MINA.

Belum  reda dari ingatan kita  peristiwa  kren tumbang di Masjidil Haram dan meragut nyawa  100 lebih  jamaah haji pada hari Jumaat  selepas asar.

Semalam kita mendengar lagi  berita yang lebih menyayat hati iaitu  peristiwa rempuhan  di jamarat  Mina yang menelan  korban menurut  angka semasa  iaitu 717 (mungkin  sudah  bertambah)

Apa yang berlaku keduanya  merupakan musibah yang  menimpa saudara kita yang  tengah  melaksanakan  ibadah haji.

Musibah  dalam  pandangan Islam merupakan  peristiwa yang berlaku yang  menimpa seseorang  atau  sekelompok orang.  Dan kita wajib  meyakini  bahawa musibah itu merupakan ketentuan Allah SWT kepadahamba-Nya.

Allah SWT Berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 156:

اَلَّذِيْنَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ قَالُوْا إِنَّا ِللهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

"Iaitu  orang-orang yang apabila menimpa kepada mereka suatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kita ini dari Allah, dan sesungguhnya kepada-Nya­lah kita semua akan kembali. (QS Al-Baqarah : 156).

Dalam ayat di atas Musibah dan anugerah adalah dua hal yang tidak luput dari kehidupan manusia.

Islam telah mengajarkan bagaimana menyikapi kedua hal tersebut. Ketika ditimpa musibah kita harus bersabar, karena dengan kesabaran, berharap Allah SWT akan  dapat  mengampuni dosa-dosa hamba-Nya.

Musibah pada dasarnya merupakan sesuatu yang begitu akrab dengan kehidupan kita. Adakah orang yang tidak pernah mendapatkan musibah, tentu tidak ada.

Musibah adalah salah satu bentuk ujian yang diberikan Allah SWT  kepada manusia.

Musibah adalah sunnatullah yang berlaku kepada hamba-hamba-Nya -Nya. Dan bukan berlaku pada orang-orang yang melakukan dosa dan maksiat serta lalai dan jauh dari nilai-nilai agama saja. Namun juga menimpa orang-orang yang beriman dan beramal sholeh.

Bahkan semakin tinggi kedudukan seorang hamba di sisi Allah SWT, maka semakin berat ujian dan cobaan yang diberikan Allah SWT  kepadanya. Karena Dia akan menguji keimanan dan ketabahan hambanya.

Sesungguhnya di sebalik musibah itu terdapat hikmah dan pelajaran yang banyak bagi mereka yang bersabar dan menyerahkan semua urusannya hanya kepada Allah SWT yang telah mentakdirkan semua untuk hamba-Nya,

Di antara hikmah yang bisa di ambil dari musibah di Mina  semalam  iaitu:

1. Musibah Dapat  Mendidik Jiwa Dan Menyucikan Dosa.

Allah Ta’ala Berfirman :

وَما أَصابَكُمْ مِنْ مُصيبَةٍ فَبِما كَسَبَتْ أَيْديكُمْ وَ يَعْفُوا عَنْ كَثيرٍ

Ertinya :
“Apa saja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah SWT memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS, asy Syura: 30)

Dalam ayat ini, terdapat kabar gembira dan  ancaman jika mengetahui bahwa musibah yang dialami adalah merupakan hukuman atas dosa yang diperbuat manusia.

Sebagian ulama salaf mengatakan, “Kalau bukan karena musibah-musibah yang kita alami di dunia, niscaya kita akan datang di hari kiamat dalam keadaan pailit.”

2. Mendapatkan Kebahagiaan (Pahala) di Akhirat.

Merupakan balasan dari musibah yang diderita oleh seorang hamba sewaktu di dunia, sebab kegetiran hidup yang dirasakan seorang hamba ketika di dunia akan berubah menjadi kenikmatan di akhirat dan sebaliknya.

Rasulullah  SAW  bersabda:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-  الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ

Ertinya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan surga bagi orang kafir.” (HR. Muslim)

3. Sebagai Ukuran Kesabaran Seorang Hamba Kepada Allah SWT.

Sebagaimana dituturkan bahwa seandainya tidak ada ujian maka tidak akan tampak keutamaan sabar. Apabila ada kesabaran maka akan muncul segala macam kebaikan yang menyertainya, namun jika tidak ada kesabaran maka akan lenyap pula kebaikan.

Apabila seorang hamba bersabar dan imannya tetap tegar maka akan ditulis namanya dalam daftar orang-orang yang sabar. Apabila kesabaran itu memunculkan sikap ridha maka ia akan ditulis dalam daftar orang-orang yang ridha.

Dan jika munculkan pujian dan syukur kepada Allah SWT  maka dia akan ditulis namanya bersama-sama orang yang bersyukur. Jika Allah mengkaruniai sikap sabar dan syukur kepada seorang hamba maka setiap ketetapan Allah SWT  yang berlaku padanya akan menjadi baik semuanya.

Rasulullah SAW  bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَان خَيْرًا لَهُ

Ertinya:
“Alangkah menakjubkan keadaan seorang mukmin. Sesungguhnya setiap urusannya merupakan kebaikan dan hal tersebut tidaklah ada selain pada seorang mukmin. Jika dia mendapatkan kesenangan dia pun bersyukur, dan itu adalah kebaikan baginya. Ketika mendapatkan kesulitan, dia pun bersabar dan itu pun kebaikan baginya.” (HR. Muslim).

4. Memurnikan Tauhid Dan Menguatkan Hati Seseorang.

Wahab bin Munabbih mengatakan:
“Allah menurunkan cobaan supaya hambanya sentiasa  memanjatkan do’a dengan sebab bala’ yang ditimpakan tersebut.”

Allah SWT Berfirman dalam al-Qur’an surah Fushshilat ayat  51:

وَإِذَآ أَنْعَمْنَا عَلَى اْلإِنسَانِ أَعْرَضَ وَنَئَا بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ فَذُو دُعَآءٍ عَرِيضٍ

Ertinya :
“Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdo’a.” (QS Fushshilat : 51)

Apabila seseorang ditimpa musibah baik berupa kefakiran, maka hendaknya berdo’a dan memohon pertolongan kepada Allah SWT sahaja.

Hal ini dilakukan oleh Nabi Ayyub ‘Alaihis Salam dengan berdoa dalam al-Qur’an surah Al-Anbiya ayat 83:

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Ertinya :
“Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Rabbnya, ”(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”. (QS. Al Anbiyaa : 83)

5. Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT.

Di antara ibadah yang muncul adalah ibadah hati berupa khasyyah (rasa takut) kepada Allah SWT.

Musibah yang menimpa  hamba-Nya menyebabkan seorang hamba menjadi istiqamah dalam agamanya, berlari mendekatkan diri kepada Allah SWT menjauhkan diri dari kesesatan.

6. Tanda  Kecintaan Allah SWT  kepada  Hamba-Nya.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadits Shahih disebutkan:

إِنَّ عِظَمَ الجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ البَلَاءِ وَإِنَّ اللهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا اِبْتَلَاهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

Ertinya:
"Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka. Maka siapa yang ridha (terhadapnya) maka baginya keridhaan Allah SWT, dan siapa yang marah (terhadapnya) maka baginya kemurkaan Allah SWT." (HR. Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Marilah kembali kepada Allah dengan bertaubat dari segala dosa dan khilaf serta muhasabah diri, apakah musibah yang menimpa  kita ianya  sebagai cobaan dan ujian keimanan ataukah termasuk wal’iyadzubillah yang sedang disiksa dan dimurkai oleh Allah karena tidak mau beribadah banyak melanggar larangan-Nya.

Ya Allah jadikan musibah yang menimpa saudara kami sebagai  bentuk  ujian yang  Engkau berikan.  Berilah  kekuatan kepada  kami  untuk  sentiasa  berlapang dada dan  bersabar di atas Musibah yang menimpa. Mudah-Mudahan kami menjadi hamba-Mu yang  beriman  di atas  Musibah  tersebut.  Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Indonesia, Jumaat 11 Dzulhijjah  1436 H).

Isnin, 21 September 2015

Kisah Benar Pengorbanan

🔻Kisah benar tentang Qurban Idul Adha ini mungkin boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita yang mempunyai hati² yang tidak berapa lembut ini..

Menarik kisahnya, seorang anak & ibunya yang sudah tua & uzur bersama seorang pedagang binatang Qurban..

Alkisah diceritakan oleh seorang pedagang binatang qurban tentang pengalamannya:

Suatu hari seorang ibu di usia awal 40an datang perhatikan dagangan saya. Dari penampilan luarannya, nampaknya dia tidak akan mampu membeli haiwan ternakan ini. Namun saya cuba juga menghampiri dan menawarkan kepadanya,

“Silakan ibu…”,
Lalu ibu tadi menunjuk salah seekor kambing termurah sambil bertanya,” ya..kalau yang itu berapa Pak?”.

“Yang itu RM700 ibu,”
Jawab saya ringkas.
“Berapa Harga terendah?”,
Tanya kembali si ibu.

“RM600, harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…

“Tapi, wang saya cuma ada RM500 saja,
boleh Pak?”, pintanya.
Aduh.., saya jadi pening, kerana itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman & saya pun bersetuju walaupun tidak untung..

Nah.. tak apalah, ambillah. Lalu saya berikan saja dengan harga modal itu kepada ibu tersebut.

Saya pun menghantar kambing Qurban tersebut sampai ke rumahnya.
Sebaik sahaja tiba di rumahnya, lalu saya terkejut.

Astaghfirullah……
Allahu Akbar…
Terasa menggigil seluruh badan kerana melihatkan keadaan rumah ibu itu yang sangat uzur.

Rupa²nya ibu itu hanya tinggal bertiga dengan ibunya & anak lelakinya yang masih kecil di rumah usang yang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pun ada tilam, kerusi di ruang tamu, apatah lagi perabut mewah atau barangan elektronik.

Dilihat hanya katil kayu yang beralaskan tikar & bantal lusuh. Rumah yang tidak ada bilik & terhalang dari pandangan.

Di atas katil kayu itu, terbaring seorang nenek tua yang kurus.

“Mak….. bangun mak..
Tengok ni, saya bawakan apa di rumah ini?”, kata ibu itu pada seorang nenek yang tidur & akhirnya terbangun.

“Mak, saya sudah belikan emak seekor kambing untuk dibuat Qurban, nanti kita hantarkannya ke Masjid ya mak….”, kata ibu itu dengan wajah penuh keceriaan & puas.

Si nenek tadi sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil dia membelai kambing yang berdiri di sebelah katilnya..

Lalu nenek itu mengucapkan rasa syukur “Alhamdulillah, kesampaian juga kalau emak mahu berQurban”.

“Ini Pak, wangnya, maaf jika saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini. Saya berusaha kumpulkan wang sekian lama untuk membeli seekor kambing yang diniatkan buat qurban atas nama ibu saya….”, kata ibu tadi.

Kaki ini bergetar..
Hati terasa sebak..
Dada terasa sesak..
Sambil menahan titisan air mata, saya berdoa..

“Ya Allah…,
Ampuni dosa hambaMU ini,..Aku malu berhadapan dengan hambaMU yang pastinya lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kaya imannya. Ibu ini begitu luar biasa”.

“Pak... ini ada sedikit wang upah kerana menghantar kambing ini ke rumah…”, panggil ibu itu,”
Saya tidak melihatnya & tidak mahu ambil tahu berapa nilaiannya lalu dengan rasa sayu, saya berkata..

"Sudah ibu, biarkan kos hantar saya yang bayar" dengan wajah yang malu & sayu.

Saya cepat² pergi sebelum ibu itu tersedar yang mata ini sudah berair kerana tidak sanggup mendapat teguran dari ALLAH yang sudah mempertemukan dengan hambaNYA yang sangat sabar, tabah dan penuh keimanan ingin memuliakan & menggembirakan orang tuanya..
Masyaallah..
Allahu Akbar..

🔹Moral of the story..
Wahai diriku & sahabat²ku..

Untuk menjadi mulia ternyata...tidak perlukan harta berlimpah & berjuta².

Tidak juga perlu punyai gelaran kenamaan Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Tun..tidak perlu punya kedudukan yang tinggi sebagai Sultan, Menteri, Ketua Pengarah atau pun Mufti..tidak juga perlu punya kuasa mutlak & pengaruh yang dibeli dengan wang ringgit...

Cukuplah kita belajar dari sifat keikhlasan yang luhur dari si ibu tadi.. demi untuk mencapai erti kemuliaan hidup.

Berapa ramai di antara kita yang diberi kecukupan dan kekayaan serta kemewahan..., namun masih ada sahaja keengganan & pelbagai halangan untuk berkorban, bersedekah, menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah...

Kalau pun bukan harta dan wang ringgit,  Sekurang²nya masa & tenaga untuk pengorbanan di jalan Allah..

Ramai dari kita termasuk saya.. masih tersangat sayang akan harta dunia yang sudah di kumpul setinggi gunung.. masih khuatir simpanan akan berkurangan & habis di berikan kepada orang lain.

Kita boleh sahaja membeli hp mahal, jam tangan & beg berjenama, atau pelbagai  aksesoris yang melekat di tubuh kita yang harganya jauh lebih mahal dibandingkan dgn harga seekor haiwan Qurban atau pun sebahagian 1/7 darinya.

Kenapa kita rasa sprti tidak mampu, atau masih lagi suka tangguhkan melakukan perkara² & kerja² kebajikan & amal soleh.?

Hakikat sebenarnya..
Kita mampu... kita boleh sahaja sediakan hampir segalanya..Kita mampu melanggani Astro, Mio, Singtel atau Starhub, kita mampu melancong ke dalam & luar negara.. Kita mampu makan makanan yang mahal² di restoran & hotel yang mewah.

Kita mampu membeli atau membayar ansuran motorsikal berkuasa tinggi, ansuran kereta mewah & ansuran rumah yang mencecah lebih dari harga satu bahagian lembu Qurban....

Namun sering kita sembunyi di sebalik kata "TIDAK MAMPU"  ini. Terimalah hakikat & kenyataan ini..

🔹Muhasabah diri:
Tanya pada diri kita yang mampu ini, sudahkah kita kerjakan ibadah qurban sebelum Allah menarik sedikit demi sedikit rezeki yang dikurniakannya, sementara kita masih lagi diberi dn dipinjami nafas untuk hidup.!

🔹Renung Renungkanlah
🔹 Fikir Fikirkanlah...Terasa sangat keinsafan, sering kali kita mengeluh & merungut tidak punya wang yang cukup.

Ambillah ini sebagai iktibar, sebagai nasihat, sebagai peringatan dan muhasabah untuk diriku jua..

5 Perkara Tentang Kemuliaan Wanita

(TAZKIRAH untuk hari Ahad 19 September 2015).

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Shah Alam, Ahad 20 September  2015).

5 DALIL DIMULIAKAN WANITA DI MATA ISLAM.

Islam adalah agama yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW  sebagai agama yang  sempurna dalam  semua aspek kehidupan.

Salah satu  diantara sempurnanya ajaran Islam  adalah  dengan  memartabatkan wanita  dalam  kehidupan  yang di sebutkan dalam Al-Qur'an  dan  as-Sunnah.

Namun sebahagian  mereka menolak aturan yang telah ditetapkan  Islam bagi wanita tentang jilbab, kewajiban menutup aurat, dan keharusan wanita ditemani mahram dalam safar (perjalanan jauh). Padahal itu merupakan bentuk kemuliaan dan perlindungan Islam terhadap wanita.

Bahkan di antara mereka ada yang menyudutkan Islam dengan menyebutkan bahawa Islam sebagai agama terbelakang, agama yang mengongkong wanita, agama yang melecehkan dan merendahkan martabat wanita.

Ini adalah  pembohongan  besar  yang di lakukan oleh kaum  Yahudi  dan Nasrani untuk menjatuhkan  imej Islam.

Pada TAZKIRAH  ringkas kali ini, USM ingin mengulas sedikit tentang ajaran Islam yang memuliakan martabat dan darjat wanita. Di antaranya adalah:

1. Islam Memartabatkan  Pendidikan Bagi Kaum Wanita.

Islam mewajibkan kita—baik muslim ataupun muslimah—untuk menuntut ilmu (khususnya ilmu agama). Rasulullah SAW  bersabda tentang  kewajiban mencari Ilmu:

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ

Ertinya :
”Mencari ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim laki-laki maupun muslim perempuan”. (HR. Ibnu Abdil Barr)

Para ulama menjelaskan bahwa kata “muslim” dalam hadits ini bersifat umum, mencakup muslimah. Maka dalam hak dan kewajiban menuntut ilmu, baik wanita maupun pria, keduanya sama sahaja.

2. Islam  Meletakkan Persamaan Antara Laki-laki dan Wanita Sebagai Hamba Allah SWT.

Di antara sekian bukti rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada wanita muslimah, Allah SWT  telah menjadikan wanita setara dengan pria dalam statusnya sebagai hamba Allah SWT  yang akan dibalas amal shalihnya.

Allah SWT  berfirman dalam surah Surah An-Nahl, ayat  97:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ.

Ertinya:
"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (QS. An-Nahl : 97).

3. Perintah Bersabar Terhadap Kerenah Wanita.

Dalam ayat yang lain, Allah memerintahkan seorang pria (suami) untuk bersabar atas sesuatu yang tidak ia sukai dari wanita (istrinya). Sekali lagi ini adalah bukti betapa Islam memuliakan wanita:

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah An-Nisa, ayat 19:

فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا.

Ertinya:
“Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (isteri-isteri kamu), (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah SWT  menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (QS. An-Nisa': 19)

4. Islam Memerintahkan Wanita Untuk Memakai Hijab/jilbab , bertujuan untuk Memuliakan Wanita itu sendiri.

Allah SWT berfirman dalam  Surah Al-Ahzab, ayat  59:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Ertinya:
"Wahai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang-orang mukmin: Hendaklah . mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk di kenal karena itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah maha pengampun dan penyayang. (QS. Al Ahzab: 59)

Ayat yang mulia di atas, adalah sebesar-besar dalil betapa hijab atau jilbab (yang menutupi aurat dan tidak ketat) adalah wujud pemuliaan dan perlindungan syari’at Islam yang  terhadap kaum  wanita.    

5. Dimuliakan Ibu Menunjukkan  Kemuliaan Wanita.

Islam memuliakan  terhadap wanita, tergambar jelas dari keindahan syari’atnya yang menjunjung tinggi kedudukan seorang ibu.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah Luqman ayat 14:

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ.

Ertinya:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu. Hanya kepada-Ku lah kamu akan kembali.” (QS. Luqman: 14)

Rasulullah SAW  bersabda:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ

Ertinya:
Dari Abu Hurairah RA, Beliau berkata:
“Wahai Rasulullah, siapa orang yang paling berhak aku perlakukan dengan baik?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ayahmu.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Ya Allah ya Tuhan  kami jadikanlah wanita-wanita di kalangan kami sebagai wanita yang  sholihah. Jadikan mereka  sebagai  pendamping  suami yang setia dalam  menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini.   Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Shah Alam, Ahad 6 Dzulhijjah  1436 H).

Jumaat, 11 September 2015

6 Ketaatan Isteri Pada Suami, Maka Syurgalah Baginya

Dalam rumah tangga. Kewajiban seorang isteri dalam urusan suaminya setahap setelah kewajiban dalam urusan agamanya. Hak suami di atas isterinya mengalahkan hak siapapun setelah hak Allah dan Rasul-Nya, termasuk hak kedua orang tuanya. Mentaatinya dalam perkara yang baik menjadi tanggungjawab yang terpenting seorang isteri kepada suaminya. Gelaran isteri yang mentaati suaminya disebut sebagai Isteri Solehah. Seorang isteri solehah akan sentiasa menempatkan ketaatannya kepada suami di atas segala-galanya, dan tentu sahaja bukan ketaatan yang dimaksudkan di sini dalam kederhakaan kepada Allah, kerana tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah swt. Isteri yang solehah akan mentaati suami di manapun, dalam situasi apapun, senang mahupun susah, lapang mahupun sempit, suka ataupun duka. Ketaatan isteri seperti ini sangat besar pengaruhnya dalam menumbuhkan cinta dan memelihara kesetiaan suami. Allah berfirman;
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.” (surah al-Nisa’: 34)

Perkongsian kali ini adalah tentang kelebihan isteri yang baik  dalam mentaati suaminya, antaranya ialah :-

(1). Syurga atau neraka seorang isteri di bawah telapak kaki suami
Ketaatan isteri kepada suami adalah jaminan syurga baginya. Rasulullah saw bersabda;
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
“Bila seorang isteri telah mendirikan solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kesucian dirinya, dan taat kepada suaminya, nescaya kelak akan dikatakan kepadanya; Masuklah ke Syurga dari pintu manapun yang engkau suka.” (riwayat Ahmad)

Suami adalah syurga atau neraka bagi seorang isteri. Keredhaan suami menjadi asbab keredhaan Allah. Istri yang tidak diredhai suaminya karena tidak taat dikatakan sebagai wanita yang derhaka dan kufur terhadap nikmat suaminya.

Kenapa wanita banyak masuk neraka? Jawabannya dalam hadits berikut; Ketika selesai Rasulullah saw dari solat kusuf (solat gerhana matahari), baginda saw bersabda menceritakan syurga dan neraka yang diperlihatkan kepada beliau ketika solat;
وَرَأَيْتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ مَنْظَرًا قَطُّ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. قَالُوا: لِمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: بِكُفْرِهِنَّ. قِيْلَ: يَكْفُرْنَ بِاللهِ؟ قَالَ: يَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ وَيَكْفُرْنَ اْلإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلىَ إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ
“Dan aku melihat neraka. Aku belum pernah sama sekali melihat pemandangan seperti hari ini. Dan aku lihat ternyata majoriti penghuninya adalah para wanita.” Mereka bertanya, “Kenapa para wanita menjadi majoriti penghuni neraka, ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Disebabkan kekufuran mereka.” Ada yang bertanya kepada beliau, “Apakah para wanita itu kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “(Tidak, melainkan) mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan (suami). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang isteri kalian pada suatu waktu, kemudian suatu saat ia melihat darimu ada sesuatu (yang tidak berkenan di hatinya) nescaya ia akan berkata, ‘Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu’.” (riwayat Bukhari  dan Muslim ).

(2). Tingginya kedudukan suami di mata isterinya
Rasulullah saw bersabda;
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ النِّسَاءَ أَنْ يَسْجُدْنَ لأَزْوَاجِهِنَّ لِمَا جَعَلَ اللَّهُ لَهُمْ عَلَيْهِنَّ مِنَ الْحَقِّ
“Seandainya aku memerintahkan seseorang untuk sujud pada yang lain, maka tentu aku akan memerintah para wanita untuk sujud kepada suaminya kerana Allah telah menjadikan begitu besarnya hak suami yang menjadi kewajiban isteri.” (riwayat Abi Daud, al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Hak suami bagi seorang isteri berada di atas hak sesiapapun manusia termasuklah hak kedua orang tua. Hak suami bahkan harus didahulukan oleh seorang isteri daripada ibadah-ibadah yang bersifat sunnah.

(3). Dilarang berpuasa sunat dan membawa tetamu lain dalam rumah melainkan dengan izin suaminya
Rasulullah saw bersabda;
لَا يَحِلُّ لِلْمَرأَةِ أَن تَصُومَ وَزَوجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذنِهِ، وَلَاْ تَأْذَن فِي بَيتِهِ إِلاّ بِإِذنِهِ
“Tidak halal bagi seorang perempuan berpuasa sementara suaminya ada di rumah kecuali dengan izinnya. Dan tidak boleh baginya meminta izin di rumahnya kecuali dengan izinnya.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jabir ra menceritakan dalam haji wada’, Rasulullah saw menyampaikan suatu pesanan dalam khutbahnya;
فَاتَّقُوا اللَّهَ فِي النِّسَاءِ، فَإِنَّكُم أَخَذتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ، وَاستَحلَلتُم فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ، وَلَكُم عَلَيهِنَّ أَلَّا يُوطِئنَ فُرُشَكُم أَحَدًا تَكرَهُونَهُ، فَإِن فَعَلنَ ذَلك فَاضرِبُوهُنَّ ضَربًا غَيرَ مُبَرِّحٍ، وَلَهُنَّ عَلَيكُم رِزقُهُنَّ وَكِسوَتُهُنَّ بِالمَعرُوفِ
“Bertaqwalah kepada Allah berhubung hak isteri-isteri kamu. Kamu mengambil mereka dengan amanah dari Allah, dan kamu halal berhubungan dengan mereka kerana Allah halalkan melalui akad. Hak kamu yang menjadi kewajiban mereka, mereka tidak boleh membenarkan lelaki asing masuk ke rumah. Jika mereka melanggarnya, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Sementara mereka turut mempunyai hak agar disediakan makanan dan pakaian dengan cara yang wajar, yang menjadi tanggungjawab kamu.” (riwayat Muslim)

ونقل ابن حجر عن النّوويّ قوله؛ في هذا الحديث إشارة إلى أنّه لا يُفتات على الزّوج بالإذن في بيته إلاّ بإذنه، وهو محمول على ما لا تعلم رضا الزّوج به، أمّا لو علمت رضا الزّوج بذلك فلا حرج عليها
“Ibnu Hajar menukil keterangan dari an-Nawawi mengenai hadis ini, bahawa hadis ini terdapat isyarat di mana isteri tidak boleh memutuskan sendiri dalam memberikan izin masuk rumah, kecuali dengan izin suami. Dan hal ini difahami untuk mengelakkan terjadinya hal yang tidak diketahui oleh isteri tentang apakah suaminya redha ataukah tidak. Namun, jika isteri yakin suaminya redha dengan keputusannya, tidak menjadi masalah baginya.”

Sebagai contoh, tetamu yang tidak perlu izin daripada suami yang terdiri kaum kerabat suami atau isteri. Mereka boleh dipersilakan masuk, selama masih mahram dengan isteri. Tetapi untuk tetamu asing, bukan mahram, atau bahkan tidak termasuk keluarga suami mahupun isteri, sementara suaminya tidak ada di rumah maka isteri tidak boleh mengizinkan tetamu itu masuk sewenang-wenangnya. Jika tetamu itu menyampaikan salam, cukuplah isteri menjawab salamnya dengan wajar tanpa membuka pintu. Jika tetamu itu menyedari ada penghuni di dalamnya, dan dia minta izin masuk, cukuplah bagi isteri menyampaikan bahawa suami tidak di rumah dan tidak boleh diizinkan masuk.

(4). Dilarang  menjauhkan diri dari tempat tidur suaminya
Dalam hak berhubungan suami-isteri, jika suami mengajaknya untuk berhubungan, maka isteri tidak boleh menolaknya di atas alasan yang  tidak munasabah. Rasulullah saw bersabda;
إِذَا بَاتَتِ المَرْأَةُ هَا جِرَةً فِرَاشَ زَوْجِهَا لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصبِحَ، وَفِى رِوَايَةِ، حَتَى تَرْجِعَ
“Apabila seorang wanita menghindari tempat tidur suaminya pada malam hari, maka para malaikat melaknatnya hingga ke pagi hari”. Dalam suatu riwayat yang lain disebutkan, “Sehingga dia (isteri) kembali (kepada suami).” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

(5). Berbakti di dalam rumahtangga suaminya
Di antara kewajiban seorang isteri atas suaminya juga adalah, hendaknya seorang isteri benar-benar menjaga amanah suami di rumahnya, baik harta suami dan rahsia-rahsia suaminya, begitu juga bersungguh-sungguh mengurus urusan-urusan rumahtangga suaminya. Rasulullah saw bersabda;
وَالْمَرْأَةُ فِى بَيْتِ زَوْجِهَا رَاعِيَةٌ وَهْىَ مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا
“Dan wanita menjadi pemimpin di rumah suaminya, dia akan diminta pertanggungjawaban mengenai amanah yang diurusnya.” (riwayat al-Bukhari).

Justeru itu Allah berfirman;
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.” (surah al-Nisa’: 34)

Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (maksud), “ayat ini menunjukkan wajibnya seorang isteri taat kepada suami dalam hal berbakti kepadanya, ketika bepergian bersamanya dan lain-lain. Sebagaimana juga hal ini diterangkan dalam sunnah Rasulullah saw.” (Lihat Majmu al-Fatawa 32/260-261)

Berkhidmat kepada suami dengan melayaninya segala keperluan suaminya adalah di antara tugas kewajiban seorang isteri. Bukan sebaliknya, isteri yang malah dilayani oleh suami. Ibnu al-Qayyim berdalilkan ayat di atas, jika suami menjadi pelayan bagi isterinya, dalam memasak, mencuci, mengurus rumah tangga, anak-anak dan lain-lain, maka itu termasuk perbuatan mungkar kerana ia bererti suami sudah tidak lagi menjadi pemimpin. Justeru, kerana tugas-tugas isteri dalam melayani suami-lah, maka Allah pun mewajibkan para suami untuk memberi nafkah kepada isterinya mengikut  kemampuan suaminya. (rujuk Zaad al-Ma’aad 5/188-199)

(6). Tidak boleh keluar rumah dengan suka hati melainkan dengan izin suami
Seorang isteri juga tidak boleh keluar rumah kecuali dengan izin suami. Kerana tempat asal wanita itu adalah di dalam rumah suaminya. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 33;
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ
“Dan hendaklah kamu (wanita-wanita) tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (surah al-Ahzab: 33)

Ibnu Katsir berkata (maksudnya), “Ayat ini menunjukkan bahawa wanita tidak boleh keluar rumah kecuali ada keperluan yang mustahak.” (Tafsir al-Quran al-Adzim 6/408)

Dengan demikian, wanita tidak boleh keluar rumah melainkan untuk urusan yang penting atau termasuk membeli keperluan rumah seperti untuk memasak dan lain-lain. Jika bukan urusan tersebut, maka seorang isteri tidak boleh keluar rumah melainkan dengan izin suaminya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan lagi, “Tidak halal bagi seorang wanita keluar rumah tanpa izin suaminya, jika ia keluar rumah tanpa izin suaminya, bererti ia telah berbuat nusyuz (derhaka), bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta layak mendapat hukuman dari suaminya.”

Menurut jumhur fuqaha’ (Maliki, Hanafi, Syafi’e, dan Hanbali), nusyuz itu bererti;
هو خروج الزوجة عن طاعة زوجها
“Bahawa ia (nusyuz) adalah keluarnya seorang isteri dari ketaatan terhadap suaminya.”

Semua ketentuan yang telah Allah tetapkan di atas sama sekali bukan bertujuan untuk membatasi gerak para wanita, merendahkan harkat dan martabatnya, sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh orang-orang kafir tentang ajaran Islam. Semua itu adalah syariat Allah yang sarat dengan hikmah dan pengajaran. Dan hikmah dari melaksanakan dengan tulus ikhlas semua ketetapan Allah di atas adalah berlangsungnya bahtera rumah tangga yang harmoni dan penuh dengan keamanan. Ketaatan isteri kepada suami pun hanya dibatasi dalam perkara-perkara  yang baik sahaja, sesuai dengan kemampuan selama ia tidak mengarahkan kepada maksiat.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (surah al-Tahrim: 6)

Biodata Penulis

Ustaz Sihabuddin Muhaemin (USM). Kritik dan saranan yang membina sangat dialu-alukan. SMS (012-6653988) atau layari laman facebook USM - Sihabuddin Muhaemin

Hakikat Persahabatan

Manusia adalah makhluk yang hidup berkumpulan dan bermasyarakat. Manusia perlu berkawan, berkenalan dan berinteraksi. Manusia tidak boleh mengasingkan diri dan bersikap seperti kera sumbang. Walaupun begitu dalam berinteraksi dan mencari kenalan, manusia yang beriman perlu mempunyai pedoman yang tertentu. Mereka perlu mengenali hakikat orang yang mereka berinteraksi dengan mereka. Mereka wajar memahami perbezaan antara apa yang dipanggil sebagai kenalan, teman, rakan atau sahabat. Jadi dengan kefahaman yang jelas tentang perbedaan perkataan-perkataan tersebut mereka boleh berinteraksi dengan cara dan etika yang betul dan sesuai.  
الأَخِلاَّء يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلاَّ الْمُتَّقِينَ
“(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (al-Zukhruf: 67)

Kenalan ialah figure yang anda kenali dalam apa jua kesempatan. Ia belum tentu boleh menjadi rakan atau sahabat. Ia adalah peringkat perkenalan pertama; di mana manusia terdedah dengan pertemuan yang di rancang atau tidak dirancang.

Manakala teman pula ialah mereka yang menemani anda dalam sesuatu fungsi atau acara. Ia mungkin kenalan anda atau insan yang berpotensi untuk menjadi rakan atau sahabat atau mungkin juga berpotensi menjadi musuh anda. Ia lebih merujuk kepada fungsi menemani seseorang dalam situasi tertentu.

Rakan ialah figure yang anda selalu berinteraksi dengannya sama ada kerana jawatan atau tempat seperti rakan sejawat, rakan setempat tinggal dan sebagainya. Lumrahnya terdapat pertemuan dan perulangan interaksi dengannya kerana pekerjaan atau kerana lokasi dan kejiranan.

Manakala sahabat pula ialah orang yang anda mempunyai hubungan yang sangat akrab dengannya; di mana anda dapat mengharapkan pertolongannya ketika berhadapan dengan kesulitan. Sahabat adalah rakan karib yang dapat membantu anda. Sahabat mempengaruhi sikap seseorang. Sahabat mempunyai martabat yang lebih khusus dan tinggi dalam hieraki perkenalan. Sahabat adalah bagaikan cermin untuk anda dapat membetulkan kecacatan diri, penampilan rupa diri, mendapat kritikan dan teguran yang membina dan sebagainya.

Islam memang menggalakkan manusia membentuk hubungan kemanusiaan dengan orang lain dalam segala peringkat dan darjatnya. Islam menggalakkan umatnya berkenalan dan memberi salam kepada orang yang mereka kenal atau tidak kenal. Ini adalah tradisi hidup yang bertamadun. Manusia perlu menghargai orang lain dan menampilkan penghargaan dan penghormatan antara satu sama lain kerana mereka adalah setaraf sebagai manusia dan makhluk Allah. Sahabat adalah harta dan senjata bagi seseorang.

Walaupun Islam menggalakan persahabatan dan menganggap manusia itu adalah makhluk saraan Allah yang mempunyai martabat yang sama, yakni semuanya berasal dari Adam, namun Islam menggesa supaya umatnya berhati-hati dalam memilih sahabat. Rasulullah saw bersabda:
الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
“Seseorang lelaki itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah (bersikap bijaksana-lah) dalam memilih sahabat.” (Riwayat Abi Daud)

Dalam al-Quran Allah berfirman:
 وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلا. يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلانًا خَلِيلا. لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلإِنسَانِ خَذُولا
“Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia.” (al-Furqan: 27-29)

Rasulullah saw bersabda:
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ، كَمَثَلِ الْعَطَّارِ، إِنْ لَا يُحْذِكَ يَعْبَقُ بِكَ مِنْ رِيحِهِ، وَمَثَلُ الْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْكِيرِ
“Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang yang soleh persis seperti berkawan dengan saudagar minyak wangi, paling tidak ia akan memberikan anda bau-bau wangiannya. Manakala bersahabat dengan orang yang buruk perangainya seperti berkawan dengan tukang besi (menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak).” (Riwayat Ahmad)

Justeru, persaudaraan Islam perlulah berlandaskan atas lunas-lunas berikut:-

(1). Persaudaraan hendaklah semata-mata kerana Allah

Persahabatan sewajarnya dijalinkan bukan atas dasar kebendaan dan kepentingan tertentu, tetapi hendaklah didasarkan kepada keimanan dan kerana Allah semata-mata. Ini adalah agar persahabatan tersebut diberkati oleh Allah.

(2). Persaudaraan hendaklah digandingkan dengan iman dan taqwa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dalam Ithaaf al-Mahrah:
لا تَصْحَبْ إِلا مُؤْمِنًا، وَلا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلا تَقِيٌّ
“Jangan kamu bersahabat kecuali dengan orang beriman, janganlah kamu makan suatu hidangan melainkan orang yang bertaqwa.”

(3). Persaudaraan hendaklah dilandaskan atas manhaj Islam. Hal itu sesuai dengan maksud hadith yang menerangkan bahawa antara orang-orang yang akan dinaungi oleh lembayung Allah pada hari kiamat kelak ialah: dua orang yang bersahabat dan berkasih sayang semata-mata kerana Allah, bersatu kerana Allah dan berpecah kerana Allah.

(4). Persaudaraan hendaklah mengamalkan dasar saling nasihat-menasihati. Rasulullah saw bersabda:
 الْمُؤْمِنُ مَرْآةُ الْمُؤْمِنِ، وَالْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ، مِنْ حَيْثُ لَقِيَهُ يَكُفُّ عَنْهُ ضَيْعَتَهُ، وَيَحُوطُهُ مِنْ وَرَائِهِ
“Orang Mu’min adalah ibarat cermin bagi Mu’min yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya.” (Riwayat Abi Daud)

Jika temannya itu enggan menerima nasihat, sebaliknya terus melakukan maksiat maka dia hendaklah menjauhinya. Rasulullah saw mengingatkan dalam sebuah hadis:
أَوْثَقَ عُرَى الإِيمَانِ : الْوِلايَةُ فِي اللَّهِ، وَالْحُبُّ فِي اللَّهِ، وَالْبُغْضُ فِي اللَّهِ
“Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrantasi demi Allah, kasih demi Allah, bencipun demi Allah.” (Riwayat Tabarani fi al-Kabir dan al-Awsat)

(5). Persaudaraan hendaklah dihayati dengan semangat tolong menolong ketika senang dan susah. Rasulullah saw bersabda:
مَنْ كَانَ مَعَهُ فَضْلُ ظَهْرٍ فَلْيَعُدْ بِهِ عَلَى مَنْ لَا ظَهْرَ لَهُ، وَمَنْ كَانَ لَهُ فَضْلٌ مِنْ زَادٍ فَلْيَعُدْ بِهِ عَلَى مَنْ لَا زَادَ لَهُ
“Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah ia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah ia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan.” (Riwayat Muslim)

Di antara cara mengukuhkan ukhuwah dan persaudaraan ialah:

(1). Memberitahu saudara kita bahawa kita sayang kepadanya. Rasulullah saw mengingatkan dalam hadithnya:
إِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ، فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ
“Jika seseorang itu sayang pada sahabatnya maka hendaklah ia beritahu bahawa ia menyayanginya.” (Riwayat Abi Daud)

(2). Apabila kita berpisah dengannya kita mengharapkan doa daripadanya dari jauh. Umar Ibn al-Khattab meriwayatkan bahawa beliau pernah memaklumkan pemergiannya kepada Rasulullah saw untuk menunaikan umrah. Baginda mengizinkannya dan berpesan;
لَا تَنْسَنَا يَا أُخَيَّ مِنْ دُعَائِكَ
“Jangan lupa mendo’akan kami wahai saudaraku.”.

Mendengar ucapan Rasulullah saw tersebut membuatkan Umar ibn al-Khattab rasa seronok dan berbesar hati. (Riwayat Abi Daud)

(3). Memaniskan wajah apabila bertemu. Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat.” (Riwayat Muslim)
  
(4). Segera menghulurkan tangan untuk berjabat apabila bertemu. Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا
“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” (Riwayat Abi Daud)

(5). Kerap melakukan ziarah dari semasa ke semasa. Rasulullah saw bersabda bahawa Allah Taala berfirman:
حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَحَابِّينَ فِيَّ، وحَقَّتْ محبتي للمتزاورينَ في، وَحَقَّتْ محبتي لِلْمُتَبَاذِلِينَ فِيَّ، وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَصَادِقِينَ فِيَّ، وَالْمُتَوَاصِلِينَ
“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayang-Ku (Allah).” (Riwayat Ahmad)

(6). Mengajukan ucap selamat, tahniah dan menyukakan hatinya dalam kesempatan dan hari-hari tertentu seperti ketika mendapat anak:
بُورِكَ لَكَ فِي الْمَوْهُوبِ وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ وَرُزِقْتَ بِرَّهُ وَبَلَغَ أَشُدَّهُ
“Semoga Allah memberkati anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur terhadap kurniaan Allah, mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya membesar.” (Diriwayatkan daripada Hussein Saidina Ali)

Ketika pulang dari medan jihad:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي نَصَرَكَ وَأَعَزَّكَ وَأَكْرَمَكَ
“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kehebatan dan kemuliaan.” (Riwayat Muslim, Nasa’ie daripada Saydatina A’isyah)
  
Ketika pulang dari menunaikan Haji;
تَقَبَّلَ اللَّهُ نُسُكَكَ وَأَعْظَمَ أَجْرَكَ وَأَخْلَفَ نَفَقَتَكَ
“Semoga Allah menerima ibadah hajimu, mengampunkan dosamu, serta menggantikan semula harta yang telah anda belanjakan.” (Riwayat Ibnu Sunni daripada Ibnu Umar)

(7). Memberikan hadiah dalam kesempatan tertentu apabila perlu. Sabda Rasulullah saw:
تَهَادَوْا تَحَابُّوا
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat al-Tabarani)

(8). Bersikap prihatin dan suka menunaikan hajat serta keperluan sahabat.

(9). Menyempurnakan segala hak-hak ukhuwwah dengan sempurna. Persaudaraan dalam Islam menuntut hak-hak tertentu. Diriwayatkan oleh Imam Jaafar al-Sadiq:
للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله عزّ وجّل: الإجلال له في غيبته، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن يعوده في مرضه وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا
“Tiap orang Mu’min telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang Mu’min yang lain: iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan, menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya, menghulurkan simpati dengan harta sendiri, mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya, menziarahinya ketika sakit, mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja sepeninggalannya.”

Khamis, 10 September 2015

Memahami Fiqh Politik Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi


Dalam isu pelaksanaan syariat Islam yang menjadi sebahagian daripada perkara siyasah, ada beberapa kalangan yang dikatakan mengkaji Islam memandang pelaksanaan syariat ini sebagai hal yang remeh-temeh; yakni tidak perlu dibesarkan dalam suasana masyarakat majmuk. Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi menghuraikan dalam kitabnya “السياسة الشرعية في ضوء نصوص الشرعية ومقاصدها”, ada kalangan umat Islam melupai urusan pelaksanaan syariat itu ada kaitannya dengan aqidah Islam. Walaupun dimasukkan dalam perkara ijtihad dan furu’ (cabang) di sisi ulama Ahli Sunnah wa al-Jamaah, namun ia tidak boleh dipisahkan daripada aqidah Islam. Ini kerana, pelaksanaan hukum syariat itu adalah amalan yang lahir menjadi bukti daripada iman kepada taklifan wajib melaksanakan hukum daripada al-Quran dan menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh teladan yang mesti diikuti. Perkara yang termasuk daripada Rukun dan Usul (Rukun Iman dan Islam).

Firman Allah;
 أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُواْ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُواْ إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُواْ أَن يَكْفُرُواْ بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلالاً بَعِيدًا
“Adakah kamu tidak nampak adanya kalangan yang mengaku bahawa mereka beriman kepada apa (hukum) yang telah diturunkan kepadamu (Muhammad) dan diturunkan juga kepada (Rasul as) yang lebih dahulu daripadamu, tiba-tiba mereka menerima Taghut (mereka yang melampau meninggalkan hukum Allah) supaya mengendalikan kehakiman terhadap mereka, padahal mereka diperintah supaya mengingkarinya, berada pula dalam keadaan syaitan hendak menyesatkan mereka kepada kesesatan yang sejauh-jauhnya.” (surah al-Nisa’, ayat 60)

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا
“Dan apabila dikatakan kepada mereka; marilah kepada hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul. Nescaya engkau melihat mereka itu menghalangmu dengan cara yang bersungguh-sungguh.” (surah al-Nisa’, ayat 61)

Allah swt berfirman lagi di dalam al-Quran;
فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيمًا
“Maka tidak, demi Tuhamu! Sebenarnya mereka tidak beriman, sehinggalah mereka berhakimkanmu (Rasulullah saw) dalam apa-apa perkara yang menjadi pertelingkahan kalangan mereka. Kemudian tidak ada dalam diri mereka perasaan ragu terhadap apa yang telah engkau membuat keputusannya dan mereka menyerah diri dengan sepenuh-penuhnya.” (surah al-Nisa’, ayat 65)

Terdapat di kalangan umat Islam, mereka yang menimbulkan kekeliruan menggunakan Maqasid Syariah dengan tujuan menyingkirkan hukum Islam dalam perundangan negara. Orang-orang yang berusaha menegakkan syariat Allah pula dituduh dengan pelbagai tohmahan buta seperti ta’assub, ekstremis, khawarij terroris, ISIS dan seumpamanya tanpa merujuk hal yang sebenarnya sehingga menjadi fitnah jijik di dalam mulut-mulut mereka, tujuannya tidak lain adalah untuk mengekang keunggulan syariat Islam dan merosakkan imej para pendokongnya. Sedangkan Allah berfirman;
سَتُكْتَبُ شَهَادَتُهُمْ وَيُسْأَلُونَ
“Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).” (surah al-Zukhruf, ayat 19)

Bagi menjelaskan perkara ini, wajarlah kita ketahui tiga Madrasah (pendekatan dalam pemikiran) pengkaji Islam yang perlu dijelaskan :-
  1. Kumpulan <<ظاهرية>> berpegang kepada nas juzuk yang zahir sahaja secara harfiyyah dan bersekongkol dengannya, tanpa peduli kepada tujuan dan hikmah syariat, maqasid (tujuan) dan waqie’ (realiti) yang berkaitan dengan pelaksanaan syariat yang Allah wajibkan. Mereka adalah warisan mazhab Zahiriyyah di zaman dahulu yang jumud bersama nas yang zahir sahaja menolak ijtihad dalam perkara yang tidak ada nas.
  2. Kumpulan <<معطلة>> iaitu mereka di kalangan yang membatalkan pelaksanaan syariat yang wajib, beralasankan hikmah, maqasid syariah dan siyasah syariyyah. Melalaikan nas yang nyata dan mentakwilkan tafsirannya dengan tujuan meninggalkan hukum syariat kerana terpengaruh sengan agenda taghrib (westernisasi/ pembaratan) kerana ingin meneruskan agenda moden Barat terhadap masyarakat Islam.
  3. Kumpulan <<وسطية>> iaitu mereka di kalangan pertengahan yang tetap berpegang kepada nas hukum syariat, berusaha dengan adil melaksanakannya mengikut kaedah yang betul, maqasid syariah dan siyasah syariyyah bagi menjamin pelaksanaan syariat tetap berkuasa dan berlaku dengan cara yang betul, bukan meninggalkannya.
Firman Allah;
 وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).” (surah al-Baqarah, ayat 143).

Umat pilihan lagi adil di atas juga bermakna umat pertengahan, yakni pertengahan segala pembawaannya, tidak melampau dan tidak keterlaluan dalam menganut kepercayaannya, demikian juga akhlak dan amalannya, segala-galanya berkeadaan di tengah-tengah – sama-sama dipandang, dipelajari dan diusahakan meliputi soal-soal dunia dan akhirat. Tiap-tiap orang yang berdiri di tengah-tengah dengan mengambil tahu secara mendalam dan memandang berat kepada perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya, maka pertimbangannya serta pengetahuannya mengenai baik buruknya perkara-perkara itu, adalah adil, benar dan sah. Tengah-tengah yang di sini bukanlah dimaksudkan tidak tahu mana yang benar mana yang salah, atau keliru dengan pendiriannya sendiri. Pertengahan yang dimaksudkan di sini merupakan antara ciri kesempurnaan dan kesyumulan yang diutarakan oleh Islam bagi mengimbangi tuntutan dunia dan akhirat sekaligus menangani maslahah ummah. Mereka menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai contoh ikutan dalam segala aspek kehidupan. Baik dalam soal ibadat, muamalat, bekerja mahupun dalam soal kekeluargaan dan pemeirintahan Baginda harus kita jadikan contoh ikutan jika menginginkan kejayaan dan keredhaan Allah. Dalam erti kata lain, apa yang diperintah dan dilarang oleh Nabi wajib kita taati sepenuhnya kerana itu adalah jalan takwa yang menyempurnakan makna wasatiyyah kita kepada Allah swt.

Firman Allah;
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhi larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya bagi orang yang melanggar perintahnya.” (surah al-Hasyr, ayat 7).

Ringkasan Huraian

Mazhab ظاهرية (Zohiriyyah); Mazhab ini sudah ada di zaman dahulu, di mana mereka berpegang dengan nas yang zahir sahaja, hanya yang disebut dalam al-Quran dan Hadis, sehingga salah menggunakan hukum akal terhadap hukum syarak, dengan menegaskan Allah berkuasa untuk menukar yang halal di dalam kuasa-Nya, tanpa memahami betapa ilmu dan kebijaksanaan Allah memandu kebijaksanaan manusia.

Mustahil bagi Allah memilih yang buruk dan berlaku zalim, seperti melaksanakan perkara yang ada nas dengan meninggalkan kebijaksaan semasa dalam pengurusan dan melaksanakan hukum.

Golongan ini hanya berpegang kepada nas sahaja dan menolak kalau tidak ada nas, seperti menolak demokrasi secara total kerana datang daripada Barat tanpa melihat kepada adanya titik persamaan dari segi hak kemanusiaan dan rakyat dalam hukum politik Islam. Dalam demokrasi ada kekurangan serta kelemahannya yang wajib dibetulkan oleh Islam daripada kebijaksanaan manusia yang ada kelemahan makhluk, namun hendaklah dibetulkan dengan petunjuk Allah yang tidak menafikan adanya kebijaksanaan manusia makhluk ciptaan-Nya.

Mazhab معطلة (Mua’thilah); Mazhab ini di zaman dahulu menafikan adanya sifat-sifat bagi Allah. Adapun mua’thilah di zaman sekarang menafikan pelaksanaan syariat (khususnya dalam hukum Hudud) dengan alasan siyasah syariyyah dan maqasid syariah yang salah, khususnya bertujuan bagi menggantikannya dengan undang-undang Barat ciptaan manusia.

Manusia menafsirkan ayat-ayat amaran Allah berkait dengan syariat seperti sebab turutnya kepada orang-orang Yahudi, ahli kitab. Ya, banyak juga sebab nuzulnya kepada orang-orang Yahudi, tetapi ingat bahawa pengajaran lebih ditujukan kepada penganut Islam yang beriman, kerana kewajipan melaksanakan syariat Allah ditujukan kepada orang yang beriman, supaya jangan terpengaruh dengan hawa nafsu orang-orang yang menghalang pelaksanannya. Firman Allah swt;
 وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
“Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti keinginan mereka. Dan waspadalah terhadap mereka, jangan sampai mereka memperdayakan kamu terhadap sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebagian dosa-dosa mereka. Sungguh, kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.” (surah al-Maidah, ayat 49)

Mereka menjadikan alasan Khalifah Umar al-Khattab tidak menjatuhkan hukuman Hudud terhadap pencuri di tahun meleset, tanpa melihat sebabnya yang sebenar, berkait individu yang tidak

memenuhi syarat-syarat, bukannya membatalkan undang-undang Allah. Tujuan sebenar kumpulan ini ialah meninggalkan syariat Islam khususnya undang-undang syariat Islam bagi kesalahan Hudud seperti memotong tangan pencuri, menyebat penzina yang disebut dalam al-Quran dan rejam yang disebut dalam Sunnah, hukuman Qazaf dan Hirabah, dengan menggunakan hujah syariat dengan cara yang salah memahami maqasid syariah dan masoleh (perkara asal).

Mazhab وسطية (Wasatiyyah); Pendekatan pertengahan yang betul di antara dua kumpulan yang salah, melampau dan longgar. Pendekatan wasatiyyah tetap menegakkan hukum Allah, namun pelaksanaannya secara ilmu syariat yang betul dan istiqamah. Beramal dengan siyasah syariyyah, ilmu maqasid syariah dan berpegang teguh dengan nas, dengan tujuan melaksanakan syariat Allah dengan istiqamah (konsisten). Tegasnya hukum syariat wajib ditegakkan dalam negara yang Islamnya berdaulat, undang-undang Islam wajib dikuatkuasakan. Adapun pelaksanaannya mengandungi huraian yang betul dengan syarat, rukun dan adabnya, mengikut Fiqh Awlawiyyat (keutamaan), Waqie’ (realiti) dan Muwazanat (pertimbangan). Dalam melaksanakan undang-undang jenayahnya berada sempadan Qisas, Hudud dan Takzir, bukannya berpindah kepada undang-undang yang bukan Islam.

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

Biodata Penulis

Tulisan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini merujuk kepada halaman 212-213, ringkasan daripada kitab yang dikarang oleh Syaikh Dr. Yusuf al-Qardhawi berjudulالسياسة الشرعية في ضوء نصوص الشرعية  ومقاصدها

POPULAR POSTS

RECENT POSTS

Total Pageviews

410,671