Ensiklopedia Dakwah. Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Selangor

Ahad, 3 Januari 2016

Hakikat Keikhlasan

Setiap Muslim dalam melakukan amalan haruslah memiliki niat, dan niat itu haruslah dilakukan dengan ikhlas sedangkan keikhlasan haruslah direalisasikan dan dipraktikkan dalam kehidupan. Keikhlasan yang tidak direalisasikan akan menjadikan amalan sia-sia laksana debu yang berterbangan. Lalu bagaimana mungkin seseorang akan betul  niatnya apabila dia tidak mengetahui hakikat keikhlasan dalam niat itu sendiri? 

Berkata al-‘Izz bin Abd al-Salam rahimahullah;
الإخلاص أن يفعل المكلف الطاعة خالصة لله وحده، لا يريد بها تعظيماً من الناس ولا توقيراً، ولا جلب نفع ديني، ولا دفع ضرر دنيوي
“Ikhlas adalah seorang mukallaf mengerjakan amal kataatan ikhlas karena Allah semata, tidak menghendaki amal tersebut pengagungan dan sanjungan manusia, tidak pula menghendaki manfaat duniawi, dan tidak pula menghendaki agar terhindar dari bahaya duniawi.” (Kitab Tazkiyatun Nufus Dr. Ahmad Farid, hal. 6)

Ikhlas adalah merupakan salah satu sifat mahmudah atau terpuji yang diperintahkan oleh Allah supaya hamba-Nya yang beriman sentiasa ikhlas dalam niat, kata-kata dan amalan atau apa jua tindakan demi mencari keredhaan-Nya. Walaupun pada hakikatnya ikhlas itu merupakan satu rahsia daripada rahsia-rahsia di sisi Allah yang tersimpan dalam hati manusia. Justeru beramallah, beribadatlah dan buatlah apa jua yang disuruh dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya dengan ikhlas kerana Allah Taala.
Sahl bin Abdillah rahimahullah berkata;
 الإخلاص أن يكون سكون العبد وحركاته لله تعالى خاصة.
“Ikhlas adalah diam dan gerak seorang hamba hanya untuk Allah semata-mata.”

Sebahagian ulama mengatakan (mafhumnya), “Ikhlas adalah menumpukan hati hanya untuk Allah, iaitu memalingkan kesibukan dari selain Allah, dan ini merupakan kesempurnaan ikhlas untuk Allah Taala.”

Ada yang mengatakan bahwa ikhlas adalah memurnikan perbuatan dari perhatian makhluk. Imam al-Harawi rahimahullah mengatakan:
الإخلاص تصفية العمل من كل شوب
“Ikhlas adalah memurnikan perbuatan dari segala bentuk kekotoran.” (Kitab al-Ikhlas oleh Syaikh Husain al-Awaisyah, hal. 03-108)

Sebahagian ulama mengatakan (mafhumnya), “Orang yang ikhlas adalah orang yang tidak mempedulikan lagi seandainya seluruh rasa hormat keluar dari hati manusia kerana lurusnya hati orang tersebut bersama Allah Azza wa Jalla, dia tidak senang manusia melihat sedikitpun dari amalannya.”

Ikhlas merupakan hakikat agama, dan itu merupakan intisari dakwah Para Rasul, Allah berfirman dalam  surah al-Bayyinah ayat 5;
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ.
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.”

Ayat ini secara langsung mengingatkan umat Islam supaya ikhlas dalam amal ibadat, kerana ikhlas itu umpama nyawa dalam amal ibadat kita. Seorang Hukama pernah menyatakan (mafhumnya); “Semua  manusia binasa kecuali yang berilmu. Semua orang yang berilmu binasa kecuali yang beramal (beramal  soleh dan beribadah dengan ilmunya). Semua orang yang beramal (beramal soleh dan beribadat) binasa kecuali mereka yang ikhlas kepada Allah.”

Rasulullah ﷺ bersabda;
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ. 
“Sesungguhnya semua  amalan bergantung dengan niat, setiap orang akan mendapatkan balasan sesuai niatnya, barang siapa hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah da Rasul-Nya, dan barang siapa hijrahnya kerana dunia yang hendak diraih atau wanita yang hendak dinikahi, maka hijrahnya sesuai apa yang dia niatkan.” (Muttafaqun ‘alaih)

Allah Azza wa Jalla berfirman;
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (surah al-Mulk ayat 2)

Mengenai ayat ini Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah menerangkan, “Itu adalah yang paling ikhlas dan paling benar.” 

Kemudian seorang bertanya kepada beliau, “Wahai Abu Ali apa yang anda maksud dengan yang paling ikhlas dan yang paling benar?” 

Maka beliau menjelaskan, “Sesungguhnya amalan apabila ikhlas namun tidak benar maka tidak diterima dan apabila benar namun tidak ikhlas maka tidak diterima sehingga ikhlas dan benar, ikhlas adalah untuk Allah dan benar adalah berjalan di atas sunnah Nabi.”

Dari sini kita mengetahui bahawa ada dua perkara penting yang harus dipenuhi dalam setiap amal, jika tidak maka amal tersebut akan  sia-sia dan tidak diterima. Oleh karena itu diterima amal ibadat kita itu wajib memenuhi dua syarat utama iaitu;
  1. Tujuan melakukan amalan adalah semata-mata  untuk mencari redha Allah.
  2. Amalan yang dilakukan haruslah sesuai dengan apa yang Allah syariatkan di dalam kitab-Nya atau Nabi-Nya dalam sunnahnya.
Apabila hilang salah satu dari dua syarat ini, amalannya tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah. Hal ini ditunjukkan dalam firman Allah, surah al-Kahfi ayat 110;
فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَداً.
“Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu yang diwahyukan kepadaku; “Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa”. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.”

Al-Hafidz Ibnu Kathir rahimahullah di dalam tafsirnya menjelaskan (mafhumnya), “Dua hal ini merupakan dua rukun diterimanya amalan, amalan itu haruslah ikhlas kerana Allah dan benar sesuai syariat Rasulullah.” (Mukhtashar Tafsir Ibnu Katsir)

Terpesona dan Populisme yang Meranapkan Sebuah Khilafah
 
Terpesona (الانبهار) merupakan satu penyakit yang berpuaka dalam meruntuhkan gerakan Islam di era moden. Penyakit ini sangat intim dengan Populis (حب الشهرة) yang menjahanamkan karier seorang amilin, di samping suntikan racun merbahaya daripada syaitan dan nafsu. Kedua duanya saling berkait antara satu sama lain, sepertimana penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Kita boleh belajar daripada kisah kejatuhan Turki Uthmaniah yang didalangi oleh Zionis, bermula dengan “tajdid” yang dilakukan oleh Theordor Harzel dengan buku “Negara Yahudi”. Perancangan untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah antaranya dengan menggunakan elemen “populis” dan “terpesona”. Mereka cuba mewujudkan satu watak dengan method populism, untuk menghasilkan kesan keterpesonaan yang tinggi.

Watak yang dicipta ketika itu ialah Mustafa Kamal al-Tarturk yang turut dikenali hingga ke hari ini. Seorang penjenayah besar dalam menjadi alat untuk meranapkan Khilafah Islamiyyah hinggalah ke hari ini. Watak ini ditonjolkan sehebat hebatnya, antaranya Mustafa Kamal diperlihatkan sebagai seorang yang bersama alim ulamak, bahkan serban dan pakaiannya turut memperlihatkan seperti seorang yang cintakan ilmu dan ulamak.

Mustafa turut diperlihatkan sebagai seorang anak muda yang hebat, dalam memimpin masyarakat. Beliau dirancang supaya kelihatan sebagai seorang pejuang tajdid yang cuba memperkenalkan keterbukaan Islam di samping kepercayaan masyarakat terhadapnya yang direka reka. Sehinggalah beliau dikenali sebagai revolusiner yang menjadi idola anak anak muda yang mula dijangkiti penyakit terpesona (الانبهار).

Di samping itu, Zionis secara terancang, memperkenalkan idea “Modenism Secularism” sehingga ia dilihat seperti syariat dan berdalilkan al-Quran dan Hadis. Kemodenan cara zionisme ini sebagai air dan baja yang digunakan untuk menyuburkan benih zionis yang bernama Mustafa itu. Bermula daripada fahaman modenism pada cara hidup, sehinggalah merebak ke dalam sel-sel pemerintahan kerajaan.

Golongan muda Islam mula dijangkiti penyakit terpesona dengan pembawaan Mustafa Kamal yang dianggap hebat itu sehingga ada dari kalangan mereka yang mula memperlekeh kewujudan Khilafah Islamiah. Mereka lebih cenderung dengan sistem baru iaitu sistem kementerian berparlimen. Maka, apa yang diputuskan oleh Khalifah yang tidak sebulu dengan kehendak menteri, perkara itu tidak diambil endah.

Selain itu, Zionis turut merancang mengadakan “perang olok-olok”, dan menyusun supaya Mustafa Kamal dinaikkan sebagai panglima Perang. Apabila tercetusnya Perang, Zionis olok-olok berundur dan mengaku kalah. Justeru, hasil daripada perang olok-olok ini berjaya menaikkan nama dan populariti Mustafa Kamal sebagai “pendekar Turki” yang digeruni Israel. Sehinggalah apabila tumbangnya khilafah, mereka tidak merasa pun satu kehilangan. Bahkan mereka masih lagi lemas di lautan modenism melalui pembawaan ikon mereka iaitu Mustafa Kamal.

Mereka masih menganggap Mustafa Kamal sebagai hero, dan “tajdid” yang diperjuangkan olehnya dianggap satu pembaharuan dan keterbukaan dalam Islam walaupun ketika itu Khilafah Islamiah mulai runtuh. Zionis berjaya merancang untuk mencipta ikon idola rakyat Turki, sedangkan ikon itu adalah alat Zionis, yang melaksanakan agenda jahat puak tersebut. Umat Islam khususnya “orang muda” tertipu dengan kepopularitian Mustafa Kamal yang dicipta dan terpesona (الانبهار) dengan tipu daya musuh Islam yang merancang dengan penuh helah yang berseni.

Natijahnya, runtuh sebuah khilafah dengan dua penyakit ini. Saya mengajak para pembaca untuk belajar daripada sejarah, dengan melihat kepentingan elemen tarbiah. Jangan terikut-ikut dengan cara musuh Islam yang menggilakan kemasyhuran. Sebab itulah Nabi ﷺ pernah bersabda :

إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ
“Sesungguhnya salah seorang yang pertama dihisab di hari kiamat adalah seorang laki-laki yang mati syahid (gugur dalam peperangan); kemudian disebutkan baginya semua kenikmatan-kenikmatan yang sepatutnya diberikan kepadanya, dan dia membenarkannya. Kemudian Allah bertanya kepadanya: Apa yang telah kamu lakukan sehingga diberi nikmat begitu? Lelaki itu menjawab: Aku berperang untuk-Mu hingga aku syahid; Allah menjawab: Kamu berbohong, engkau sebenarnya berperang agar orang menyebut-nyebut nama kamu sebagai seorang yang berani dan orang-orang telahpun menyebut demikian. Kemudian diperintahkan (Malaikat) agar orang ini diseret dengan wajahnya hingga sampai ke neraka dan dilemparkan ke dalamnya. Dan (seterusnya adalah) seorang lelaki yang mempelajari ilmu dan mengamalkannya serta dia membaca al-Quran. Dia didatangkan di hari Kiamat, kemudian disebutkan nikmat-nikmat yang sepatutnya diberikan kepadanya dan dia membenarkannya. Kemudian Allah bertanya: Apa yang telah kamu lakukan sehingga diberi nikmat begitu? Lelaki itu menjawab: Aku mencari ilmu dan mengamalkannya, mengajarkannya, dan aku membaca al-Quran kerana-Mu. Allah berfirman: Kamu berbohong, kamu sebenarnya mencari ilmu itu agar kamu dipanggil sebagai alim (orang yang berilmu), dan kamu membaca al-Quran agar orang memanggil kamu qari dan kamu telah pun dipanggil begitu (alim dan qari). Kemudian diperintahkan (Malaikat) kepadanya, agar dia diseret dengan wajahnya hingga sampai ke neraka dan dimasukkan ke dalamnya. Dan seterusnya seorang lelaki yang diluaskan rezekinya oleh Allah dan dikurniakan pelbagai harta kekayaan. Kemudian dia dihadapkan di hadapan Allah, dan disebutkan nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya, dan dia membenarkannya. Kemudian Allah bertanya: Apa yang telah kamu lakukan sehingga diberi nikmat begitu? Lelaki itu menjawab: Tidaklah aku meninggalkan jalan yang aku cintai selain aku menginfakkan hartaku kerana-Mu. Allah berfirman: Kamu berbohong, tetapi kamu melakukan itu semua agar orang memanggil kami sebagai dermawan, dan kamu telah pun dipanggil sedemikian. Kemudian diperintahkan (Malaikat) kepadanya, agar dia diseret dengan wajahnya, hingga sampai ke neraka dan dimasukkan ke dalamnya.” (Sahih Muslim Syarah Imam Nawawi, terbitan Darul Makrifah Beirut : 4900)

0 ulasan:

Catat Ulasan

POPULAR POSTS

RECENT POSTS

    Total Pageviews