Ensiklopedia Dakwah. Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Selangor

Ahad, 13 Disember 2015

Faktor-Faktor Utama Yang Merosakkan Akidah Muslim

Kedudukan Akidah dalam Islam memainkan peranan yang sangat penting. Akidah yang benar merupakan asas tegaknya agama dan kunci diterimanya amalan. Allah berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 110;
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
“Maka barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya hendaklah dia beramal soleh dan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Nya dalam beribadah kepada-Nya.”

Al-Quran menggariskan dua peranan yang seimbang dalam menangani persoalan akidah tauhid;
  1. Membina akidah yang sahih di dalam hati manusia secara mudah, dapat menjinakkan akal dan memuaskan jiwa. Al-Quran menggunakan gaya ungkapan dan dalil yang pelbagai lagi bersesuaian dengan fitrah yang sejahtera. Al-Quran menjelaskan segala perkara yang wajib diiktikadkan berhubung keimanan kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, hari Akhirat dan Qada’ Qadar.
  2. Meruntuhkan iktikad-iktikad palsu yang bertebaran di kalangan musyrikin dan ahli kitab, sekaligus membidas para penyembah berhala dan bintang serta membatalkan dakwaan pendukung “trinity” (konsep satu Tuhan dalam tiga entiti), termasuklah dakwaan Yahudi bahawa Uzair adalah anak Tuhan.
Allah berfirman dalam surah al-Zumar ayat 65;
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang-orang sebelummu: Sungguh, apabila kamu berbuat syirik pasti akan terhapus seluruh amalmu dan kamu benar-benar akan termasuk golongan orang-orang yang merugi.”

Ayat-ayat yang mulia ini menunjukkan bahawa amalan tidak akan diterima apabila bercampur dengan kemusyrikan. Oleh sebab itulah para Rasul sangat memperhatikan perbaikan akidah sebagai prioriti utama dakwah mereka. Inilah dakwah pertama yang diserukan oleh para Rasul kepada kaum mereka; menyembah kepada Allah sahaja dan meninggalkan penyembahan kepada selain-Nya.

Hal ini telah diterangkan Allah di dalam al-Quran surah al-Nahl ayat 36;
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
“Dan sungguh telah Kami utus kepada setiap umat seorang Rasul yang menyerukan ‘Sembahlah Allah dan jauhilah thaghut (sesembahan selain Allah).”
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menjadi pegangan sebahagian besar urnat Islam di dunia. Di Malaysia, Islam diistytiharkan sebagai agama Pesekutuan dan akidah Ahli Sunnah dterirna sebagai pegangan seluruh umat Islam. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari pada segi akidah, syariah dan akhlak. Ketetapan tersebut juga telah membentuk pandangan semesta (world view) masyarakat Islam yang juga mempengaruhi perkembangan tamadun di Malaysia.
Akidah adalah asas tegaknya bangunan agama. Para daie yang  menyerukan  kebaikan telah menempuh jalan sebagaimana jalannya para nabi dan Rasul dari zaman ke zaman. Dalam masyarakat kita sekarang, masih banyak penyimpangan akidah yang benar. Kerena sebuah masyarakat yang tidak dibangun di atas fondasi akidah yang benar akan  mudah terkena dengan berbagai pemikiran materialisme, liberalisme dan isme-isme yang lainnya. 

Di antara sebab-sebab penyelewengan akidah dalam masyarakat yang boleh disenaraikan di sini ialah;
  1. Jahil terhadap prinsip-prinsip asas akidah yang benar. Hal ini  terjadi karena sikap tidak mahu mempelajarinya, atau karena begitu sedikitnya perhatian yang dicurahkan untuk ilmu agama.Ini mengakibatkan datanganya generasi yang tidak memahami akidah yang benar dan tidak mengerti perkara-perkara yang bertentangan dengannya, sehingga yang benar dianggap batil dan yang batil pun dianggap benar.
  2. Ta’assub (fanatik) kepada ajaran nenek moyang. Hal ini  berlaku dengan  tetap mempertahankan tradisi nenek moyang meskipun hal itu termasuk kebatilan, dan meninggalkan semua ajaran yang bertentangan dengan ajaran nenek moyang walaupun hal itu termasuk kebenaran.
  3. Taklid membuta tuli (mengikuti tanpa landasan dalil).Hal ini terjadi dengan mengambil pendapat-pendapat orang dalam permasalahan akidah tanpa mengetahui landasan dalil dan kebenarannya. Inilah realiti yang menimpa banyak kelompok-kelompok serpihan seperti kaum Jahmiyah, Mu’tazilah, Syiah dan lain sebagainya.
  4. Lalai dari merenungkan ayat-ayat Allah, baik ayat Kauniyah (sunnah kejadian) maupun Qauliyah  (al-Quran). Hal ini terjadi karena terlalu mengagumi perkembangan kebudayaan materialistik yang dibesarkan budaya Barat. Sehinggakan masyarakat mengira bahwa kemajuan itu diukur dengan sejauh mana kita dapat  meniru gaya hidup mereka.Mereka menyangka kecanggihan dan kekayaan material adalah ukuran kehebatan, kagum atas kecerdasan akal mereka. Mereka lupa akan kekuasaan dan keluasan ilmu Allah yang telah menciptakan mereka dan memudahkan berbagai perkara untuk mencapai kemajuan  semacam itu.
  5. Kerana kurangnya bimbingan agama yang benar dalam keluarga muslim. Peranan orang tua dalam membina anak-anak sangatlah besar. Kita dapatkan anak-anak telah besar di bawah asuhan sebuah mesin bernama televisyen, hand phone atau gadget lainnya. Mereka akan meniru busana artis idola mereka, meskipun  busana tersebut terlalu ketat, tipis dan menampakkan aurat serta bertentangan dengan syariat Islam.
  6. Media dan informasi lebih bersifat melalaikan. Sebagian besar siaran dan acara yang mereka tampilkan tidak memperhatikan aturan agama. Hal ini akan menimbulkan  perubahan dalam masyarakat sert menjadi sarana perosak dan penghancur generasi umat Islam masa akan datang. 
Berpegang dengan aqidah yang benar adalah syarat pertama bagi seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam. Ia sebagaimana yang terangkum dalam sebuah hadis; 
احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللَّهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ، وَلَوِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الْأَقْلَامُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ
“Peliharalah urusan-urusan Allah, nescaya Dia akan memeliharamu, Peliharalah urusan Allah nescaya Dia akan selalu bersamamu (susah mahupun senang). Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika seluruh umat ini berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , nescaya mereka tidak akan mampu mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.” 
Kalimah “Islam Way of Life”, “Islam The Solution of Humanity” - الإسلام هو الحل - iaitu Islam sebagai penyelesaian. Ia adalah tema yang seharusnya kita yakini. Setiap Muslim mesti percaya bahawa Islam satu-satunya manhaj yang menyelesaikan permasalahan di muka bumi ini, dari sudut ekonomi, politik, pendidikan, jenayah dan segalanya itu ia mestilah diselesaikan dengan merujuk sumber-sumber Islam.
Orang yang beriman mestilah yakin bahawa Allah adalah pemilik segala-galanya di muka bumi ini. Allah bukan sahaja memberikan kita nikmat penghidupan, tetapi juga nikmat iman. Nikmat iman ini, tidak seharusnya sekadar kita mewarisi daripada ibu ayah kita dan kemudian kita wariskan pula kepada anak-anak kita (مسلم بالوراثة). Atau dalam makna lain, Islam sebab kad pengenalan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

POPULAR POSTS

RECENT POSTS

    Total Pageviews