Ensiklopedia Dakwah. Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Selangor

Selasa, 25 Ogos 2015

Catatan Ustaz Hazmi Dibok - Keutamaan Tarbiyah

Al-marhum Ustaz Fathi Yakan dalam bukunya “Ihzaru al-Aids al-Harakiy” (Bersiap-siaga Terhadap Aids Gerakan) membentangkan beberapa virus yang melemah atau merosakkan gerakan Islam. Dalam permulaan bukunya, al-marhum menyatakan bahawa wabak atau virus ini terdedah kepada gerakan Islam tatkala ia berpindah dari mihwar (orbit) dakwah memasuki mihwar siyasi (politik). Gerakan Islam tidak boleh menolak untuk memasuki daerah politik kerana politik adalah fasa penyempurnaan atau pelengkap kepada daerah dakwah. Namun gerakan Islam perlu sangat berhati-hati lantaran dunia politik itu ada cabarannya tersendiri. Walaupun politik itu kewajipan dan amanah, tetapi dunia politik realiti itu bergelumang dengan kuasa, populariti, persepsi, propaganda, strategik, persaingan, pengaruh dan sebagainya. Di hujung buku, al-marhum Ustaz Fathi Yakan menegaskan tentang ubat, antibodi atau pencegahan kepada bahaya virus haraki tersebut, iaitu tidak lain dan tidak bukan, “Tarbiyah! Tarbiyah! Tarbiyah!”

0 ulasan:

Catat Ulasan

POPULAR POSTS

RECENT POSTS

    Total Pageviews