Ensiklopedia Dakwah. Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Selangor

Ahad, 16 Ogos 2015

Nota Uswah, Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud - Kewajiban Bersama Jama’ah Muslimin

Wajib umat Islam menggabungkan diri dalam Jama’ah Muslimin yang diketuai oleh pemimpin yang beriman. Sayugianya, umat Islam hanya perlu diwakili oleh sebuah Jama’ah Muslimin sahaja bagi mengukuhkan ikatan dan menguatkan pertahanan. Pada zaman kita ini telah berlaku “Ghiyab Fikratil Jama’ah” iaitu hilangnya pemikiran untuk menyatukan umat Islam dalam satu Jama’ah demi membangunkan kembali khilafah Islamiyah. Apa yang telah diusahakan oleh Imam al-Syahid Hassan al-Banna itu adalah langkah ke arah kesatuan yang diimpikan ini. Manakala baiah kepada Jama’ah Muslimin ini adalah wajib di zaman berlakunya “Dakhanun” bagi mengembalikan kesejagatan ummah. Syeikh Fathi Yakan memberi penegasan bahawa baiah kepada Jama’ah pada hari ini adalah wajib bagi mendisiplinkan anggota Jama’ah dalam satu kekuatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

POPULAR POSTS

RECENT POSTS

    Total Pageviews